Wednesday, 13 November 2013

Ayam Goreng Ala KFC and the Geng


Olahan Kim

Ayam Goreng Ala KFC
Bahan-bahan:
2 keping ayam dicuci bersih, perahkan dengan sedikit minyak, garam, lada sulah, lada hitam, cumin powder dan all spice sedikit

Bahan salutan ayam dikisar halus:
1/4 cawan Serbuk roti kering
3 keping Biskut Cream Crackers cap PingPong, kalau ada cornflakes boleh guna jugak 
2 sudu besar mixed herbs kering

Bahan salutan ayam:
(A)
1 biji telur dikocok 
(B)
1/2 cawan tepung gandum * gaul rata
5 sudu besar tepung jagung *

Minyak yang banyak untuk menggoreng terendam ayam

Caranya:
Panasakan minyak dikuali sehingga betul-betul panas. Sebelum dimasukkan ayam, kecilkan api semula.
Ambil sekeping ayam yang diperahkan tadi salutkan pada telur yang dikocok, kemudian salutkan pada bahan salutan ayam yang dikisar dan akhir sekali salutkan pada tepung. 
Masukkan ayam di kuali yang panas dan goreng sehingga masak.
Angkat dan ketepikan

Mashed Potatoes
Bahan-bahan:
4 biji ubi kentang russet di rebus dengan air garam sehingga empuk dan lenyekkan semasa masih panasMasukkan sedikit lada sulah.  Kacau sebati dan bentukkan dengan mengguna sudih ice cream dan ketepikan.

Untuk sos mashed potatoes:
Ambil lebihan tepung dari salutan ayam dan ketepikan.
Cairkan 1 sudu besar butter di kuali dan masukkan tepung gandum tadi dikacau sehingga keperangan, masukkan krim/susu kecilkan api dan kacau.
Masukkan sos blackpepper Singlong dan air secukupnya dan kacau sehingga pekat.
Kepekatan bergantung kepada diri masing-masing ya.
Kalau nak cair sedikit masukkan lebih air dan rasa garam sebelum ditutup api dan tuangkan pada mashed potatoes tadi.

French Fries:
Ready made cut french fries, goreng pada minyak terendam dan panas.
Taburkan garam goreng setengah masak angkat.
Panaskan minyak semula dan masukkan ubi kentang tadi dan goreng sehingga kekuningan,
Boleh ditaburkan garam lagi jika suka.

Coleslaw - setelah digaul, simpan di peti sejuk sebentar:
Lobak merah disagat
Kubis disagat
Bahan untuk digaul dan satukan kesemua bahan dibawah:
Mayonnis secukupnya
Greek yogurt secukupnya
Garam sedikit
Serbuk All Spice sedikit









No comments:

Post a Comment