Saturday, 24 May 2014

Rendang Kambing

 





















Resipi oleh:  Editorial Rasa 7 Ogos 2013
Bahan-bahan:
1 kg daging kambing - dipotong kecil
1 kg santan
100g kerisik
Serbuk kunyit sedikit (Kim tambah)
100g gula kabung atau boleh digantikan gula merah (tak letak sebab rasa santan dah cukup manis & lemak)
4 helai daun kunyit (tak letak)
100g lengkuas diketuk
6 batang serai diketuk
Garam secukup rasa

Bahan-bahan kisar:
100g cili kering
30g biji ketumbar * (Kim sangai dulu sebelum dikisar, AWAS jangan hangus semasa disangai)
30g biji jintan manis *
30g biji jintan putih *

Bahan Hiris:
100g bawang merah
60g bawang putih
50g halia

Caranya:
Masukkan daging kambing bersama sedikit air, serai, lengkuas dan serbuk kunyit ke dalam periuk.
Biarkan masak dan mendidih hingga airnya kering.
Kemudian masukkan bahan hiris dan juga bahan kisar.
Kacau sebati dan biarkan mesra dengan daging kambing.
Setelah itu masukkan santan bersama gula kabung serta daun kunyit.
Apabila daging empuk dan kuahnya mulai kering, masukkan kerisik dan kacau rata.
Perasakan dengan garam secukup rasa, rasa dan angkat








No comments:

Post a Comment