Saturday, 28 March 2015

Nasi Ayam dan Ayam Goreng Teriyaki





















Resipi: EnakEnakRasa
Ayam Goreng Teriyaki
Bahan-bahan:
Ayam
Halia cincang
Bawang putih cincang
Sedikit pati ayam
Sos Teriyaki secukupnya

Minyak menggoreng secukupnya

Caranya:
Gaulkan semua bahan-bahan diatas dan simpan semalaman di peti ais.
Panaskan minyak dan gorengkan ayam yang telah diperap semalaman sehingga masak.
Angkat dan toskan.
Sos dari perapan ayam jangan dibuang, masukkan lebihan sos perapan ke dalam kuali, bubuh sedikit air dan jerangkan sehingga mendidih.  Apabila mendidih tambah sedikit lagi sos teriyaki dan masakkan semula sehingga mendidih dan angkat.

Bahan-bahan rebusan untuk stok:
Tulang ayam
Air secukupnya
Daun pandan, disimpul
Halia, diketuk
Bawang putih, diketuk
Daun bawang
Garam secukupnya

Caranya:
Jerangkan air bersama halia, bawang putih, daun pandan dan daun bawang sehingga mendidih.
Masukkan tulang ayam dan rebus dengan api perlahan lebih kurang ½ - 1 jam.
Tapiskan air rebusan dan buangkan hampas, ketepikan air rebusan untuk memasak nasi.
Ambil bahagian atas yang berminyak dari air rebusan tadi, ketepikan.

Nasi Ayam
Bahan-bahan:
Beras basmathi, dibasuh dan rendamkan lebih kurang 30 minit, tapiskan
Halia hiris
Bawang putih hiris
Daun pandan 1 helai, simpulkan
Sedikit garam jika perlu

Caranya:
Masukkan beras basmathi ke dalam periuk dan air rebusan ayam yang telah disukat,
masukkan halia, bawang putih dan daun pandan.
Tanakkan beras di dapur atau menggunakan rice cooker.

Sos Halia:
Halia diparut
Bawang putih diparut
Sedikit hirisan daun bawang, ambil bahagian hujung yang putih, hiris halus
Sedikit pati ayam
Secubit garam
Sedikit minyak bijan
Sedikit minyak

Caranya:
Halia dan bawang putih yang telah diparut dimasukkan ke dalam mangkuk.
Masukkan hirisan daun bawang, secubit garam dan pati ayam, kacau sehingga sebati.
Panaskan minyak dan sedikit minyak bijan sehingga betul-betul panas.
Setelah panas curahkann ke dalam mangkuk parutan halia dan bawang putih tadi.

Kacau rata. Hidangkan bersama nasi ayam

Cendawan Goreng Rangup



















Resipi: EnakEnakRasa
Bahan-bahan:
Cendawan basuh dan lapkan perlahan sehingga kering dengan tuala/tissue

Minyak secukupnya untuk menggoreng

Bahan-bahan salutan:
Tepung beras
Sedikit tepung jagung
Sedikit serbuk penaik
Garam secukupnya
Serbuk lada
Serbuk Kari atau Serbuk Paprika atau Serbuk Cili

Caranya:
Gaulkan kesemua bahan-bahan diatas sehingga sebati dan rata.
Celupkan pada cendawan.

Panaskan minyak dan gorengkan sehingga kekuningan, angkat dan toskan minyak pada redai kuih.

Sup Ayam Berperisa Lemon



























Sumber: Mat Gebu
Bahan-bahan:
½ ekor ayam saiz sederhana, potong 10 bahagian, cuci bersih dan toskan
2 batang serai, dititik
1 ½ inci halia, dihiris
½ inci lengkuas, dititik
1 biji bawang besar belah 6
4 ulas bawang putih, dititik
10 biji cili padi, belah dua setiap satu
1 inci kunyit hidup, dihiris halus
1 bungkus sup bunjut adabi
1 biji lemon, parut kulitnya (bahagian kuning saja)
2 camca the jus lemon
Air secukupnya
1 camca the lada hitam serbuk
Garam secukup rasa
1 kiub ayam (optional)

Hiasan:
Hirisan daun sup
Bawang goreng


Caranya:
Dalam periuk, masukkan serai, lengkuas, halia, bawang putih, cili padi, kunyit hidup dan air secukupnya.
Kacau rata dan masak hingga mendidih.
Masukkan ayam bersama sup bunjut dan kiub pati ayam (jika guna), ubi kentang, bawang besar dan tomato.
Kacau dan biar masak dengan api perlahan.
Masukkan parutan kulit lemon dan garam secukup rasa.
Biar mendidih perlahan hingga ayam empuk.
Tambah jus lemon, garam secukup rasa dan serbuk lada hitam.
Masak sekejap lagi, rasa dan jika ok boleh matikan api.
Taburan hirisan daun bawang dan bawang goreng sebelum dihidangkan.

Jika suka tambah sedikit lagi serbuk lada hitam.

Kek Buah Ringkas @ Simple Fruits Cake





Sumber: Mat Gebu ....terima kasih sharekan resipi yang mudah dan sedap.  Daripada aku tunggu dok tunggu berjam-jam nak kukus baik bakar begini.  Tak rugi mencuba.


Bahan-bahan:
160g mentega
100g gula perang (soft brown sugar) - sukatan gula tak perlu dikurangkan
3 biji telur Gred A (guna 4 biji Gred C)
160g tepung gandum*
1 camca teh baking power *
¼ camca teh garam halus * (*gaul rata dan ayak)
1 camca teh pes oren
1 biji oren, parut kulitnya (bahagian warna oren saja dan perah jusnya
200g buah-buahan campurang kering

Caranya:
Panaskan oven pada suhu 170C.
Lenser tin berukuran 8” x 4” x 3” dengan mentega dan alas dasar tin dengan kertas minyak.
Lenser juga kertas tadi (resipi asal guan tin berukuran 6” x 6” x 3”).  Ketepikan
Dalam mangkuk, masukkan mix dried fruits (asingkan sedikit untuk hiasan).  
Masukkan jus oren, pastikan buang bijinya.  Kacau dan perap sekejap.
Sementara itu, putar mentega dan gula perang hingga gula larut dan sebati, masukkan telur satu persatu sambal diputar hingga kembang.  
Tambah parutan kulit oren dan pes oren. Putar sebati.
Perlahankan kelajuan, masukkan tepung berselang-seli dengan buah-buahan kering tadi, buat hingga habis.  Matikan mixer dan gaul sekejap dengan spatula agar semua rata. 
Tuang dalam tin kek dan tabor rata buah-buahan kering yang diasingkan untuk hiasan tadi.
Bakar selama 1 jam atau hingga kek masak, bergantung pada oven masing-masing.
Jika kek belum masak tapi permukaannya kelihatan perang, tutup permukaan tin kek dengan tudung periuk atau aluminium foil dan bakar sekejap lagi.
Uji kek dengan mencucuk lidi sate atau cake tester dibahagian tengah kek.
Kalau keluar bersih, tanda kek anda telah masak.
Keluarkan dari oven.  Biarkan 5 minit, kemudian boleh dikeluarkan dari tin.
Sejukkan sepenuhnya atas jaringan sebelum dipotong.

Nasi Beriani Pakistan

 

Sumber: Azie Kitchen

Bahan bahan:
5 cawan beras basmathi (rendam & tos)
1 kg ayam, daging atau kambing (dg tulang, lagi sedap)
4 kuntum bunga lawang
2 inci kayu manis
8 buah pelaga
10 bunga cengkih
1 sb serbuk ketumbar
1 sb serbuk jintan manis
1 sb serbuk jintan putih
1 sk serbuk kunyit
3 bawang besar – potong dadu
5-6 buah tomato masak saiz besar – potong dadu (lagi banyak lagi sedap)
2 labu bawang putih – tumbuk
3 inci halia – tumbuk
1 ½ cawan yoghurt
2 bay leave
Minyak olive
4 biji telur – rebus, kupas & kelar
4 biji kentang kecil – kupas & rebus
½ cawan susu (optional)
Saffron & pewarna kuning

Hiasan
Bawang goreng
Daun ketumbar – hiris
4 biji cili hidup hijau - potong 1 inci
Daun mint
Badam & kismis, jika suka


Cara menyediakan Ayam:
Perap ayam dengan garam, separuh dari bawang putih dan halia yang dikisar serta serbuk kunyit, serbuk ketumbar, serbuk jintan putih dan jintan manis selama 1 jam.

Panaskan minyak, tumis rempah menumis, baki bawang putih dan halia kisar serta bawang besar sehingga naik bau. Saya masukkan juga daun pandan sebab suka wangian nya.

Masukkan ayam yang diperap dan kacau sehingga rata. Masukkan air sedikit sahaja jika menggunakan ayam tapi jika daging, air agak agak tenggelam daging supaya daging empuk.

Satukan yoghurt dan buah tomato dan tuangkan ke dalam kuali, masak lagi sambil dikacau rata hingga naik minyak.  Jangan sampai terlalu kering. Biar berkuah sedikit. Akhir sekali masukkan bay leave, garam dan gula. Sesuaikan rasa.

Tutup kuali dengan penutup dan masak menggunakan api perlahan sebelum ditutup api.

Cara menyediakan Nasi:
Basuh beras, rendam selama 20 minit dan ditos. Di dalam periuk berasingan, masukkan air, sedikit minyak, buah pelaga, cengkih, bay leave dan sedikit garam. Masak sehingga air mendidih.
Masukkan beras dan masak sehingga nasi hampir masak tetapi tidak 100% masak.
Tutup api dan tos lebihan air nasi di dalam bekas penapis sehingga kering.

Cara menyediakan Beriani:
Di dalam periuk lain, letak lapisan pertama iaitu nasi. Sudukan susu secara random ke atas nasi. Titiskan pewarna kuning atau  ayakkan saffron dengan menggunakan penapis teh ke atas nasi.
Letakkan telur yang telah dikelar dan kentang rebus. Taburkan tomato potong dadu, bawang goreng, cili hijau potong 1 inci, daun ketumbar dan daun mint yang dihiris.
Letak pula lapisan kedua, iaitu ayam bersama sedikit kuahnya sehingga menutupi lapisan nasi. 
Lapisan ketiga, letak nasi sehingga menutupi lapisan daging tadi. Sudukan susu dan titis pewarna kuning.
Lapisan atas sekali ialah lapisan ayam. Tabur dengan bawang goreng, tomato, cili hijau dan daun ketumbar.
Masukkan periuk ke dalam rice cooker dan biarkan masak seketika. Boleh juga ditutup dengan aluminium foil dan dimasak menggunakan microvave atau dapur gas.
Keluarkan periuk dari rice cooker dan sendukkan nasi dan ayam ke dalam mangkuk lain dan digaul rata dengan perlahan lahan supaya nasi tidak patah.
Bolehlah dihidangkan dengan salad dan yoghurt. Taburkan daun ketumbar.

Salad
Lettuce
Tomato
Bawang besar
Timun – buang biji
Green bell pepper
Garam & gula
Minyak olive
Perahan lemon
Daun ketumbar

Caranya:
Potong dadu dan satukan kesemuanya. Sesuaikan rasa yang disukai.

Sos Yoghurt
Yoghurt
Bawang besar – potong bulat
Daun ketumbar - hiris halus
Garam

Caranya:
Satukan kesemuanya dan gaul sehingga sebati.