Resipi: EnakEnakRasa
Ayam Goreng Teriyaki
Bahan-bahan:
Ayam
Halia cincang
Bawang putih cincang
Sedikit pati ayam
Sos Teriyaki secukupnya
Minyak menggoreng secukupnya
Caranya:
Gaulkan semua bahan-bahan diatas
dan simpan semalaman di peti ais.
Panaskan minyak dan gorengkan
ayam yang telah diperap semalaman sehingga masak.
Angkat dan toskan.
Sos dari perapan ayam jangan
dibuang, masukkan lebihan sos perapan ke dalam kuali, bubuh sedikit air dan
jerangkan sehingga mendidih. Apabila
mendidih tambah sedikit lagi sos teriyaki dan masakkan semula sehingga mendidih
dan angkat.
Bahan-bahan rebusan untuk stok:
Tulang ayam
Air secukupnya
Daun pandan, disimpul
Halia, diketuk
Bawang putih, diketuk
Daun bawang
Garam secukupnya
Caranya:
Jerangkan air bersama halia,
bawang putih, daun pandan dan daun bawang sehingga mendidih.
Masukkan tulang ayam dan rebus
dengan api perlahan lebih kurang ½ - 1 jam.
Tapiskan air rebusan dan buangkan
hampas, ketepikan air rebusan untuk memasak nasi.
Ambil bahagian atas yang
berminyak dari air rebusan tadi, ketepikan.
Nasi Ayam
Bahan-bahan:
Beras basmathi, dibasuh dan
rendamkan lebih kurang 30 minit, tapiskan
Halia hiris
Bawang putih hiris
Daun pandan 1 helai, simpulkan
Sedikit garam jika perlu
Caranya:
Masukkan beras basmathi ke dalam
periuk dan air rebusan ayam yang telah disukat,
masukkan halia, bawang putih dan
daun pandan.
Tanakkan beras di dapur atau
menggunakan rice cooker.
Sos Halia:
Halia diparut
Bawang putih diparut
Sedikit hirisan daun bawang,
ambil bahagian hujung yang putih, hiris halus
Sedikit pati ayam
Secubit garam
Sedikit minyak bijan
Sedikit minyak
Caranya:
Halia dan bawang putih yang telah
diparut dimasukkan ke dalam mangkuk.
Masukkan hirisan daun bawang,
secubit garam dan pati ayam, kacau sehingga sebati.
Panaskan minyak dan sedikit
minyak bijan sehingga betul-betul panas.
Setelah panas curahkann ke dalam
mangkuk parutan halia dan bawang putih tadi.
Kacau rata. Hidangkan bersama
nasi ayam
No comments:
Post a Comment