Sunday, 27 December 2015

Karipap
















Inti Keledek:
Keledek dipotong dadu
Bawang besar dimayang
Bawang merah kecil dihiris halus
Serai dihiris halus
Tomato dipotong dadu
Jintan putih / jintan manis
Bawang putih *
Halia *, bahan bertanda * ditumbuk lumat
Daun kari
Serbuk kari secukupnya
Air secukup
Garam dan gula perang

Caranya:
Masukkan sedikit minyak dikuali. Tumiskan bawang merah, daun kari dan jintan sehingga wangi.
Masukkan bawang besar dan serai, kacau rata,
Masukkan bawang putih dan halia bersama tomato, kacau rata.  Masukkan secubit garam.
Setelah kering masukkan keledek bersama air secukupnya.  Masak sehingga keledek empuk dan kering air.
Masukkan garam dan gula secukupnya sebelum diangkat.

Doh Karipap:
Sumber resipi: seleraputeri.blogspot.my / AlongRoz@HomeKreation / MyStyleMyWay@momotemuk.blogspot
Bahan-bahan doh:
500g tepung gandum *
50g tepung beras*
50g tepung ubi * *ayak bersama sehingga rata, kemudian guna hujung jari gaul sebati, kalau boleh dikepalkan dah ok
1 sudu besar gula (pilihan; Kim bubuh sedikit)
3 sudu besar marjerin (Kim guna minyak sapi)
1/4 cawan minyak masak
1 sudu teh garam
1 cawan air suam ~ yang telah dicampur garam (tuang sedikit demit sedikit ke dalam adunan tepung)

Caranya:
Campurkan kesemua bahan kering, pastikan digaul rata.
Panaskan marjerin bersama minyak masak dan tuangkan ke dalam campuran tepung, gaul rata.
Ianya akan sedikit bergentel.
Untuk mengenalpasti samada sudah cukup sebati atau tidak, kepalkan sedikit adunan ke dalam tangan dan boleh dilihat ianya akan berkepal dan agak padat (tidak senang terlerai).
Bolehlah diikuti dengan proses menguli.
Masukkan sedikit demi sedikit air suam yang bercampur garam tadi ke dalam adunan. 
Ulilah sehingga doh menjadi doh lembut dan kenyal.
Pastikan ianya tidak melekit di tangan dan ditepi-tepi bekas adunan.
Jika melekit, tambah sedikit tepung dan di uli sedikit.
Perapkan doh 1/2 jam.  Tutup bekas dengan kain atau penutup.
Setelah 1/2 jam keluarkan adunan dan diuli sedikit.
Bahagikan doh kepada bebola-bebola kecil.
Ambil sedikit doh dan leperkan.  Isi dengan inti, tutup dan kelim kemas-kemas.
Buat sehingga habis.
Goreng dalam minyak yang banyak sehingga garing dengan api sederhana.
Minyak jangan terlalu panas nanti kulit tak akan jadi cantik.
Angkat dan toskan.

**Adunan doh ini boleh diguna pakai berkali-kali.  Untuk menyimpanya masukkan ke dalam plastik dan letak ditempat beku (freezer) nyah beku secara semula jadi apabila hendak menggunakannya semula.



No comments:

Post a Comment