Bahan-bahan:
Mee Hoon ~ rendamkan sebentar
Daun bawang dihiris halus
Telur dadar dihiris halus
Lobak merah disagat
Bawang besar dihiris halus
Halia dihiris halus
Bawang merah kecil ditumbuk lumat
Bawang putih dan halia ditumbuk bersama hingga lumat
Serbuk kunyit sedikit
Serbuk kari sedikit
Sos tomato sedikit
Sos tiram sedikit
Air secukupnya
Garam jika perlu
Caranya:
Masukkan sedikit minyak, tumiskan bawang merah yang telah di tumbuk, ikuti dengan bawang besar yang dihiris. Tumis sehingga wangi.
Masukkan bawang putih dan halia yang telah ditumbuk, kacau sebati.
Masukkan hirisan halia dan lobak merah, kacau sebati.
Masukkan air sedikit, setelah mendidih masukkan serbuk kari, serbuk kunyit, sos tomato dan sos tiram. Kacau lagi.
Masukkan mee hoon dan gaul sehingga air kering dan mee hoon sudah sebati dengan rempah dan masak.
Sebelum diangkat, taburkan hirisan telur dadar, daun bawang dan bawang goreng.
(Jikalau nak letak isi ayam, udang dan sebagainya tiada masalah)
(Jikalau nak letak isi ayam, udang dan sebagainya tiada masalah)
No comments:
Post a Comment