Tuesday, 22 December 2015

Biskut Coklat Chip Sapi





Sumber resipi: Izahdaut, terima kasih sedap saya suka
Bahan-bahan:
175g mentega
50g minyak sapi
150g gula perang (Kim guna 130g)
1 biji telur
2 cawan tepung gandum
1/2 sk soda bikarbonat
1 cawan coklat chips
2 cawan almond flakes/nibs (Kim ganti dengan kelapa kering)
sedikit vanila esen

Caranya:
Satukan mentega, minyak sapi dan gula perang ke dalam mangkuk yang besar.
Kacau menggunakan handwhisk sehingga sebati.
Kemudian masukkan telur dan kacau sebati.
Masukkan pula tepung dan soda bikarbonat yang telah diayak kedalam mangkuk tadi, kacau.
Kemudian masukkan coklat chip dan kekacang.
Bentukkan menggunakan tangan bulat-bulat mengikut size yang disukai.
Bakar pada suhu 170C selama 20-25 minit bergantung pada oven masing-masing.
*Nota: Biskut ini akan meleper dan mengembang sedikit.



















No comments:

Post a Comment