Wednesday 25 November 2015

Nasi Ayam dan Ayam Panggang

 






































Resipi: Enak Rasa Dari Dapur Kim
Bahan-bahan untuk Air Rebusan:
Ayam dicuci bersih
Halia ketuk
Bawang merah ketuk
Bawang putih ketuk
Kayu manis
Bunga lawang
Bunga cengkih
Sedikit kiub pati ayam
Garam secukupnya
Air secukupnya
Honey sedikit

Caranya:
Masukkan kesemua bahan kedalam periuk dengan menggunakan api yang perlahan, kacau rata.
Biarkan sebentar dan jangan menggunakan api besar.
Masukkan ayam semasa air masih belum mendidih.
Masakkan ayam separuh masak, angkat dan toskan dan sejukkan.

Cara Penyediaan Ayam Panggang:
Ayam dari rebusan yang telah sejuk (pastikan sejuk)
Kicap pekat*
Kicap air*
Sedikit sos tiram*
Sedikit pewarna merah All Star brand
Honey*
Rempah All spice*
Sedikit serbuk lada* bahan-bahan bertanda * digaul rata kemudian sapukan pada ayam, perapkan sebentar
Garam jika perlu
Minyak sedikit

Caranya:
Masukkan sedikit minyak pada HappyCall pan.
Masukkan ayam dan panggang sehingga masak.
Pastikan sentiasa diterbalik-balikkan supaya tidak hangus dan disapu dengan sedikit minyak pada permukaan ayam.
Setelah ayam masak, sapukan sedikit minyak tadi pada permukaan ayam sebelum dihidang.
Minyak dari memanggang ayam tadi bolehlah diguna untuk memasak sos kicap.
Dengan menggunakan minyak yang panas tadi, masukkan lebihan sos ayam tadi dan masukkan sedikit air, kacau rata dan rasa jika semuanya ok, angkat.

Sos Halia Bawang Putih:
Halia diparut halus
Bawang putih diparut halus
Sedikit garam
Sedikit gula, pilihan
Sedikit air rebusan ayam


Bahan-bahan untuk nasi:
Beras Ponni, cuci bersih dan rendamkan selama 30 minit, kemudian tos kering
Halia ditumbuk kasar
Bawang merah kecil tumbuk kasar
Bawang putih tumbuk kasar
Garam jika perlu
Sedikit minyak ayam
Air rebusan ayam
Kiub ayam

Caranya:
Masukkan sedikit minyak ayam tumiskan bawang merah, bawang putih dan halia sehingga wangi.
Masukkan beras ponni dan kacau sebati.
Masukkan kiub ayam dan air rebusan ayam, kacau rata.
Angkat dan masukkan ke dalam periuk, tanak nasi sehingga masak

No comments:

Post a Comment