Monday, 16 November 2015

Ayam Varuval Berserai















Resipi: enak rasa dari dapur kim
Bahan-bahan digaul sebati dan diperapkan selama 1/2 jam:
Ayam, bersihkan dan dipotong kecil
Serbuk cili
Sedikit serbuk masala
Sedikit serbuk ketumbar
Garam sedikit

Minyak secukupnya
Air
Garam secukupnya

Bahan-bahan tumis:
Kayu manis
Biji pelaga
Bunga lawang
Biji jintan putih
Biji jintan manis
Cili kering
Serai diketuk
Daun Kari
Bawang besar dihiris
Halia di hiris
Bawang putih dihiris
Tomato dipotong dadu

Caranya:
Masukkan sedikit minyak dikuali dan tumiskan kayu manis, biji pelaga, bunga lawang, biji jintan putih dan jintan manis sehingga harum, masukkan serai, daun kari, bawang besar, cili kering kacau sehingga wangi, masukkan bawang putih dan halia kacau lagi sehingga rata,
Keluarkan separuh bahan tumisan, ketepikan.
Masukkan tomato dan sedikit garam, kacau sehingga tomato kering, masukkan air secukupnya dan biarkan mendidih sebentar.
Masukkan ayam dan masak sehingga ayam empuk dan kering.
Setelah kering, masukkan bahan-bahan tumisan tadi dan gaul rata.

No comments:

Post a Comment