Friday, 13 November 2015

Ayam Varuval Berkicap
















Resipi: Thyaga Rajan; thyagacook.blogspot.com
Bahan-bahan:
Ayam dipotong kecil
1/2 cawan air
Kiub pati ayam
4 sudu makan minyak
Kulit Kayu manis
Bunga Lawang
Daun kari
1 biji bawang besar dihiris

Bahan-bahan dikisar dengan sedikit air:
1 biji bawang besar
4 ulas bawang putih
1 batang serai
1" halia
1/2" lengkuas
10 tangkai cili kering buang biji dan rendam, kalau nak pedas tambah cili padi 1 biji
1 biji sederhana besar tomato masak
1 sudu makan serbuk kari daging

Caranya:
Panaskan minyak dan tumis kayu manis, bunga lawang, bawang besar dan daun kari sehingga wangi dan garing.  Ambil separuh dan ketepikan.
Masukkan bahan-bahan kisar dan tumis sehingga pecah minyak.
Masukkan kicap dan kiub pati ayam.  Kacau rata.
Masukkan air dan biarkan, kacau rata dan biarkan mendidih.
Masukkan ayam dan kacau rata.
Rasa dulu jika perlu masukkan garam.
Masak sehingga kering.
Taburkan dengan cili dan daun kari yang telah digoreng tadi.

Sup Lemon

No comments:

Post a Comment