Resipi: Kak Fida @ MyR
Bahan-bahan A:
1 cawan tepung gandum
3/4 cawan gula - guna 2/3 cawan gula halus
1 sudu teh tepung jagung
1/2 sudu teh bicarbonate of soda
1/8 sudu teh garam halus
1/2 cawan serbuk koko
Bahan B:
1 cawan susu cair
2 sudu besar susu manis
1/4 cawan mentega cair / minyak sayur - guna olive oil
1 sudu teh esen vanilla
Bahan C:
Kekacang atau choc chips untuk taburan
Caranya:
Ayak bahan A dalam sebuah mangkuk.
Satukan bahan B dalam mangkuk berasingan.
Masukkan A ke dalam B dan kacau perlahan-lahan sehingga sebati.
Tuang adunan ke dalam loyang yang disapu mentega dan dialas dengan kertas.
Tabur kekacang atau choc chips rata-rata.
Bakar pada suhu 160C selama 25 - 30 minit.
Adunan brownies ini juga sesuai di bakar didalam cawan kertas.
Isikan adunan sehingga 3/4 cawan kertas.
Bakar selama 20 minit.
No comments:
Post a Comment