Tuesday, 3 January 2017
Sate Tauhu Ayam Bakar
Sumber resipi:Majalah Sedap
Bahan-bahan:
100gm ayam cincang
1 ketul tauhu cina, kisar halus
1 sudu teh kicap masin
1 sudu teh serbuk bawang putih
1/2 sudu teh garam
1/4 sudu teh serbuk lada sulah
4 biji putih telur
2 sudu makan tepung sagu
14 batang lidi sate
Bahan-bahan sapuan, kacau rata:
2 sudu makan sos tomato
1 sudu makan kicap masin
1 sudu makan marjerin
Caranya:
Kacau rata ayam, tauhu, kicap masin, bawang putih, garam, lada sulah dan telur.
Masukkan tepung sagu, kacau rata.
Masukkan ke dalam plastik ais krim, ikat hujungnya.
Kukus di atas api sederhana selama 30 minit sehingga matang.
Cucuk di lidi sate.
Panggang di atas kuali sambil disapu bahan sapuan.
Subscribe to:
Post Comments (Atom)
No comments:
Post a Comment