Tuesday, 27 February 2018

Ayam Lollipop





















Sumber resipi: citarasawan
Bahan-bahan:
20 kepak ayam
1 sudu besar serbuk kari daging
1 sudu kecil serbuk cili
1/2 sudu kecil serbuk lada hitam
1 sudu kecil serbuk pati ayam
1 sudu kecil garam

Bancuhan tepung:
1/2 cawan tepung gandum
3 sudu besar tepung jagung
1 biji telur
1 sudu teh garam
1 sudu teh serbuk kari daging
Air secukupnya

Caranya:
Potong kepak ayam bahagian pangkalnya.
Kikis isi ayam ke bahagian bawah.
Gaul bersama serbuk kari, cili, lada hitam, serbuk pati ayam dan garam hingga rata.
Ketepikan.
Satukan tepung gandum, tepung jagung, garam dan serbuk kari. Masukkan telur, kacau rata.
Tuang air sedikit sedikit, kacau sehingga mendapat kepekatan seperti pancake.
Pegang tulang ayam dan celup bahagian bawahnya.
Goreng hingga keperangan.
Angkat dan toskan.
Hidangkan bersama sos kegemaran sos cili mayonis.

Bahan sos:
1 sudu makan sos cili
1 sudu makan mayonis
1 sudu makan sos tomato

Caranya:
Campurkan semua bahan sos dan gaul sebati dan hidangkan bersama ayam.


No comments:

Post a Comment