Resepi by:@yatiekitchen
Recooked by:@kim_kimberly1509
Bahan-bahan:
2 ekor sotong cuci bersih
1 batang serai diketuk
Daun kari
Daun limau purut
Mushrooms seasonings
Kicap manis
Sos tiram
Minyak menumis
Bahan-bahan ditumbuk kasar:
4 ulas bawang merah
2 ulas bawang putih
2 hirisan halia
5 biji cili padi merah
5 biji cili padi hijau
1 sdb udang kering
Caranya:
Masukkan air secukupnya diperiuk, didihkan sehingga mendidih.
Masukkan sotong, kacau rata sehingga sotong mengembang, angkat dan toskan air.
Cara ini supaya sotong menjadi pejal. Jangan dimasak terlalu lama, nanti akan menjadi liat.
Masukkan minyak dikuali dan Panaskan.
Masukkan serai, daun limau purut dan daun kari, kacau rata.
Masukkan bahan-bahan tumbuk, tumis sehingga garing.
Masukkan sos tiram secukupnya, kacau dan tumis garing.
Masukkan kicap manis secukupnya dan mushrooms seasonings , kacau sebati.
Bila semua dah sebati, pada kan api dan masukkan sotong.
Kacau sehingga sebati sebum dihidang kan.
No comments:
Post a Comment