Sunday, 18 September 2022

Telur dan Ayam Dadar






Resepi by:@kim_kimberly1509

Bahan-bahan:
1/2 keping isi ayam cincang halus
1 biji telur dipukul kembang
1 biji bawang besar size kecil dihiris
2 ulas bawang putih dicincang halus
1 tangkai daun bawang dihiris, asing kan bahagian putih dan hijau
1 sdt cili boh, ikut suka kepedasan nak lebih pedas bubuh lebih
2 sdb minyak
Garam secukup rasa

Caranya:
Panaskan minyak. 
Masukkan hirisan daun bawang bahagian putih, bawang besar dan bawang putih, tumis sehingga layu. 
Masukkan cili boh, tumis lagi hingga cili masak dan bau cili mentah hilang. 
Masukkan isi ayam, tumis sehingga ayam masak tetapi masih lembab (jangan kering). 
Perisakan dengan garam dan perasa secukupnya. 
Masukkan daun bawang bahagian hijau, kacau rata. 
Masukkan telur yang sudah dipukul sehingga kembang. 
Dadarkan telur sehingga masak. 
Angkat dan hidangkan. 



Thursday, 25 August 2022

Ayam Masala Daun Kunyit








Resepi by:@kim_kimberly1509
Bahan-bahan:
2 ketul peha ayam,  cuci bersih gaul dengan serbuk kunyit dan secubit garam
Air secukupnya
Yogurt/santan/kerisik
Garam secukup rasa
1/2" kulit kayu manis
1 kuntum bunga lawang
1 sdt serbuk ketumbar
1/4 sdt serbuk jintan putih
1/4 sdt serbuk jintan manis
1/4 sdt serbuk garam masala
Sedikit serbuk kunyit
Minyak menumis secukup

Bahan-bahan kisar:
3 biji cili padi hijau buang biji,  boleh guna cili masak hijau
1 batang serai
1 helai daun kunyit
1/2 biji bawang besar

Caranya:
Panaskan minyak. 
Masukkan kayu manis bunga lawang dan serai diketuk,  tumis hingga naik bau. 
Masukkan bahan-bahan kisar,  tumis sehingga harum dan pecah minyak. 
Masukkan serbuk kunyit,  serbuk ketumbar,  jintan manis,  jintan putih dan garam masala. Boleh dimasukkan sedikit serbuk cili,  saya tak boleh makan pedas sangat jadi saya tak masukkan. Tumis sehingga rempah masak dan sebati.
Masukkan air sedikit demi sedikit, kacau rata. 
Masukkan ayam,  kacau sebati. 
Tambahkan air secukupnya. 
Bila hampir kering,  bolehlah dimasukkan yogurt atau santan atau kerisik. 
Masak sehingga rempah meresap dan sebati. 
Angkat dan hidangkan dengan nasi putih. 




Friday, 19 August 2022

Nasi Goreng Daun Kari







Resepi by:@kim_kimberly1509

Bahan-bahan:
Nasi semalaman
2 tangkai daun kari
1/2 biji bawang besar cincang/potong dadu
1/4 sdt biji halba 
1/4 garam masala
Cili kisar ikut kepedasan
2 tangkai kacang panjang potong kecil
2 sdb minyak sapi
2 titis kicap manis
Garam secukup rasa

Caranya:
Cairkan minyak sapi dan panaskan. 
Masukkan bawang besar tumis hingga harum dan layu. 
Masukkan daun kari dan Kacang Panjang,  kacau selama 2 minit. 
Masukkan serbuk masala dan cili kisar,  kacau sebati. 
Masukkan biji halba dan kacau lagi,  jangan tumis terlalu lama,  tumis 1 minit dah cukup. 
Titiskan kicap manis sebagai pewarna,  kacau lagi sehingga sebati. 
Masukkan nasi dan garam secukup rasa. 
Kacau sehingga nasi goreng kering. 
Angkat dan hidangkan,  bau harum semerbak tak sedar sepinggan tak  cukup. 
Pastikan guna minyak sapi baru lebih kaw rasa nasi Goreng. 

 



Thursday, 18 August 2022

Kari Ikan Nyonya





Resepi by:@kim_kimberly1509
Tak pedas sesuai untuk saya yang sedang sakit.  Goreng sebiji telur mata dan makan dengan nasi putih,  phew... nikmatnya....  Tak payah tumis sayur lagi, kalau suka boleh dimasukkan terung. 
Bahan-bahan:
Kepala ikan bawal hitam
1 biji tomato potong 4
3 batang kacang panjang,  dipotong
Sedikit daun kari
1/2 biji bawang besar dicincang
Minyak menumis
Air asam jawa
Air biasa
Garam dan perisa
1/4 sdt biji halba campuran
1/4 sdt serbuk kunyit
2 ~ 3 sdb serbuk kari ikan

Bahan-bahan diblend:
1 biji cili merah,  belah buang biji
1 biji bawang besar saiz sedang
3 ulas bawang putih
1" halia

Caranya:
Panaskan minyak. 
Masukkan halba campuran dan goreng selama 1 minit,  jangan lama nanti pahit. 
Masukkan bawang besar cincang dan daun kari,  kacau sehingga layu. 
Masukkan bahan blend dan tambahkan minyak sedikit goreng sehingga garing. 
Masukkan serbuk kunyit dan serbuk kari ikan. Serbuk kari ikan bergantung pada air,  kalau kuah banyak lebihkan serbuk kari ikan. 
Masukkan sedikit air sedikit demi sedikit. 
Kacau sebati dan tambahkan air lagi secukupnya. 
Masukkan tomato dan kacang panjang,  kacau sehingga mendidih. 
Masukkan ikan,  garam dan perisa secukupnya. 
Terbalikkan ikan. 
Masukkan air asam jawa dan rasa dulu.  Kalau kurang masam perahkan lagi asam jawa yang pekat. 
Masak sehingga kuah mendidih. 
Angkat dan hidangkan dengan nasi putih. 


Saturday, 16 July 2022

Ikan Varuval

 





Resepi by:ambi's secret kitchen via youtube, thanks akka for scrumptious recipe
Recooked by:@kim_kimberly1509 
Bahan-bahan:
Beberapa keping ikan senangin (guna ikan jenahak), cuci bersih dan toskan kering, gaulkan dengan garam, serbuk kunyit dan tepung jagung, ketepikan. 
Gorengkan ikan separuh masak. 
Goreng dengan api sederhana dalam 2-3 minit, angkat dan ketepikan. 

Bahan-bahan rempah:
1 sdb jintan kasar
1 batang kulit kayu manis
1 biji bunga lawang
4 biji bunga cengkih
1 biji pelaga
Daun kari
Cili kering dipotong dalam 1"
2 biji bawang besar, dicincang kasar atau hiris kasar
1 1/2 sdb pes bawang putih&halia

Bahan-bahan serbuk rempah (masala) :
1 sdk serbuk kunyit
1 sdk serbuk ketumbar
2 sdb serbuk cili
1 sdb serbuk kari ikan
1/2 sdk gula, tak letak
1 sdk kicap manis

Minyak menumis
Sedikit air garam secukup
1 sdk jus perahan limau 

Caranya:
Masukkan minyak di kuali, panaskan sebentar, masukkan biji jintan, kayu manis, bunga lawang, cengkih dan biji pelaga, kacau sebentar. 
Masukkan daun kari dan cili kering, kacau selama 1 minit. 
Masukkan bawang besar, tumis selama 2-3 minit sehingga layu, tak perlu tumis sehingga perang. 
Masukkan pes bawang putih dan halia. 
Tumis lagi selama 2 minit. 
Kecilkan api, masukkan rempah masala iaitu, serbuk kunyit, serbuk ketumbar, serbuk cili, serbuk kari ikan, gula, garam secukup rasa, kacau rata dan masukkan air secukupnya, kacau lagi. 
Kacau dengan api kecil, pastikan rempah masala tidak hangus. 
Kacaukan selama 3-5 minit.
Renihkan selama 2-3 minit, bila pecah minyak masukkan jus perahan limau.
Masukkan kicap, untuk mendapatkan warna yang cantik, kacau rata selama 2-3 minit. 
Bila semua dah sebati, masukkan ikan yang digoreng tadi. 
Gaulkan ikan perlahan, supaya rempah masala salut pada ikan, kemudian renihkan selama 5 minit supaya ikan masak sepenuhnya. 
Padamkan api dan hidang dengan nasi putih hangat.