Tuesday, 3 November 2020

Pudina# Chutney




Resepi by: zera naim via rasa.my, kredit resepi Sheena Haikal
Recooked by:@kim_kimberly1509 
Bahan-bahan:
2 ulas bawang putih
1 biji bawang merah besar
1/2" halia saya tambah
4 biji cili padi hijau
1 biji cili hijau besar saya tambah
1 ikat daun pudina
Sedikit daun ketumbar saya tambah
Segenggam kelapa parut
Sedikit ait asam jawa

Caranya:
Panaskan sedikit minyak. 
Tumis kesemua bahan kecuali air asam jawa. 
Setelah daun pudina layu dan kelapa sedikit garing, tutup api. 
Masukkan bahan tadi kedalam mesin pengisar dan sedikit garam. 
Masukkan air asam jawa dan renjiskan sedikit air. 
Kisar kesemua bahan sampai halus. 
Info: boleh lebihkan cili padi atau kelap parut jika inginkan lebih pedas dan berlemak. 




Monday, 2 November 2020

Onde-Onde







Resepi by:daridapur.com 

Recooked by:@kim_kimberly1509
Bahan-bahan:
2 cawan tepung pulut
2 sdm tepung gandum
1 cawan jus pandan, diblend dengan 7 - 10 helai daun pandan dan air
2 - 3 helai daun pandan untuk rebusan

Bahan inti:
1 ketul kecil gula melaka, diracik halus, saya gaulkan secubit garam

Bahan salutan, digaul sebati dan kukusan, supaya kelapa tidak mudah basi:
1/2 biji kelapa parutan bahagian putih
1/2 sdt garam

Caranya:
Didalam satu bekas, satukan tepung pulut, tepung gandum dan mula adunan membentuk doh. Tambahkan jus pandan sedikit demi sedikit. 
Uli sehingga membentuk doh, Pastikan doh tidak melekat ditangan. 
Rebuskan air di periuk bersama daun pandan sehingga mendidih. 
Racik atau potong halus gula melaka. 
Ambil doh sebesar ibu jari tangan atau saiz yang mahu, gentelkan dan tekan bahagian tengah atau leperkan, masukkan potongkan gula melaka sedikit, tutup kemas dan gentelkan bulat semula. 
Siap gentel boleh terus dimasukkan kedalam air mendidih. 
Rebus sehingga onde-onde tenggelam dan timbul di permukaan. 
Kalau dah timbul di permukaan tandanya sudah masak. 
Angkat, toskan airnya dan lumur pada kelapa parut. 
Hidangkan

Thursday, 29 October 2020

Salad Kobis Dengan Passionfruits Dressing






 

Passionfruits Dressing




Resepi by:@kim_kimberly1509 

Bahan-bahan:
1 biji passionfruits 
Sedikit garam
Sedikit lada hitam kisar
1 1/2 ~ 2 sdb madu
1 sdb minyak zaitun atau minyak kelapa, guna minyak kelapa
Kalau nak simpan di peti sejuk lebih baik minyak zaitun, kalau minyak kelapa akan menjadi beku

Caranya:
Masukkan kesemua bahan-bahan diatas kedalam mangkuk yang besar. 
Kacau hingga whisk. 
Rasa dulu sebelum digaul dengan sayuran. 
Simpan dipeti sejuk, bila nak dihidang kan barulah digaul sebati. 



Tuesday, 27 October 2020

Sos Rojak Buah





Sumber resepi tak ingat, sorry ya penyumbang resepi. 
Recooked by:@kim_kimberly1509 
Bahan-bahan sos:
3 sdb sos cili
2 ~ 3 sdb kicap manis
1 ~ 1 1/2 sdb petis
Segenggam kacang tanah, sangai dan tumbuk kasar
2 sdb bijan 
Air secukupnya

Caranya:
Sangai bijan sebentar. 
Masukkan sos cili, kicap manis, petis dan sedikit kacang tanah tumbuk, kacaukan. 
Masukkan air secukupnya, kacau sehingga pekat. 
Tutup api. 
Bila nak digaulkan barulah di masukkan lebihan kacang tanah tadi. 


Ikan Goreng Sos Kicap Halia Rangup







Resepi by:@adikfoods

Recooked by:@kim_kimberly1509
Bahan-bahan:
Ikan bawal hitam, siakap, kembung ~ guna bawal putih, lumur dengan serbuk kunyit, serbuk lada dan garam
3" halia dihiris memanjang
7 ulas bawang merah dihiris
3 ulas bawang putih, dicincang
1/2 cawan air, guna 1/4 cawan 
2 sdb kicap lemak manis Adabi
2 sdb kicap masin Adabi
1 sdt minyak bijan (optional) 
1 sdt gula perang/putih ~ tak bubuh
1 sdt lada putih berperisa
7 biji atau lebih cili padi dihiris
1 sdb jus limau nipis

Caranya:
Panaskan minyak, goreng ikan sehingga garing, angkat dan ketepikan. 
Dengan minyak yang sama, gorengkan halia sehingga garing, angkat dan ketepikan. 
Goreng pula bawang merah sehingga garing, angkat dan ketepikan. 
Guna minyak tadi dalam 1 sdb atau 1 1/2 sdb, masukkan kicap masin, kicap manis, serbuk lada, seasonings, bawang putih, cili padi dan kacau sebati. 
Masukkan air dan jus limau, kacau hingga mendidih. 
Dah siap boleh tuang atas ikan dan taburkan halia dan bawang merah goreng tadi. 
Hidang dengan nasi putih panas. 


Sunday, 25 October 2020

Sayur Campur Cah Rempah



Resepi by:@kim_kimberly1509 

Bahan-bahan:
1 keping tauhu potong dan goreng
1 keping tempe potong dan goreng
Sedikit kacang buncis dihiris
1 biji cili merah dihiris
1 biji cili capsicum hijau potong kecil
1 paket kecil so hoon Thai
Sedikit air
Garam
Seasonings 
1 sdt serbuk ketumbar
1/2 sdt serbuk jintan halus
Minyak menumis

Bahan sambal, diblend kasar:
1 biji cili merah segar
2 ulas bawang merah
3 ulas bawang putih

Caranya:
Goreng tauhu dan tempe berasingan sehingga kekuningan. 
Bila kesemua tauhu dan tempe sudah digoreng, masukkan semula dikuali dan masukkan so hoon, kacau dan angkat, ketepikan. 
Panaskan minyak menumis. 
Tumiskan bahan sambal sehingga layu dan garing. 
Masukkan serbuk ketumbar dan jintan halus, kacau sebati. 
Kacau sehingga rempah masak, masukkan sedikit air. 
Masukkan buncis, capsicum dan cili merah. 
Kacau sehingga sayuran bertukar warna. 
Masukkan tauhu, tempe dan so hoon kedalam kuali, gaul sebati dan tambahkan sedikit air. 
Masukkan garam dan seasonings secukupnya. 
Masak sehingga sayuran empuk dan air menyusut. 
Sedia dihidangkan.