Sunday, 24 August 2014
Sengkuang Karamel Bawang
Bahan-bahan:
Sengkuang dihiris memanjang
Cili merah dihiris memanjang
Bahan karamel bawang:
Bawang merah besar dimayang
Cuka balsamic
Garam secukup rasa
Gula perang secukup
Sedikit serbuk lada
Sedikit minyak extra virgin oil
Caranya:
Masukkan minyak olive ke dalam kuali, masukkan bawang merah dan tumis sehingga layu.
Masukkan garam, gula dan serbuk lada, kacau rata.
Tuangkan sedikit cuka balsamic dan masak sehinggga menjadi karamel bawang.
Setelah siap bolehlah digaulkan pada sengkuang dan cili merah.
Ubi Keledek Sira Pedas
Bahan-bahan:
Ubi Keledek kuning, buang kulit, potong memanjang dan cuci bersih, toskan, lapkan sedikit dengan kertas tisu
1 biji Bawang Holland, dipotong bulat (optional)
Daun kari
Bahan-bahan salutan ubi keledek, dibancuh rata dan rehat sebentar:
Tepung gandum
Sedikit tepung jagung
Garam secukupnya
Sedikit jintan putih
Sedikit serbuk penaik
Sedikit soda bikarbonate
Air secukupnya untuk bancuhan
Minyak untuk menggoreng dan menumis sira pedas secukupnya
Untuk menggoreng ubi keledek:
Ubi dimasukkan kedalam periuk besar, masukkan bancuhan tepung dan kacau sehingga sebati.
Setelah minyak panas, gorengkan sehingga kekuningan, angkat.
Goreng sedikit-sedikit di dalam kuali. Lakukan gorengan sebanyak 2x bagi mendapatkan kerangupan kulit pada keledek. Toskan di kertas tisu sebelum disalut dengan sira pedas.
Setelah habis menggoreng keledek, bolehlah digorengkan bawang holland dan daun kari.
Gaulkan pada bancuhan tepung dan goreng sehingga kecoklatan, angkat dan toskan.
Jikalau tidak suka pada salutan sira pedas, boleh juga digoreng bancuhan tepung berjintan putih dengan ubi keledek tanpa sira pedas dan bawang holland.
Enak dimakan panas-panas.
Bahan-bahan sira pedas, diblend halus:
Cili kering
Bawang merah besar
Bawang putih
Halia muda sedikit
Lengkuas muda sedikit
Garam secukupnya
Gula perang sedikit
Caranya:
Masukkan sedikit minyak dikuali, tumiskan bahan-bahan yang telah diblend tadi sehingga harum dan pecah minyak. Masukkan sedikit daun kari, kacau rata.
Masukkan garam dan gula perang secukupnya, kacau rata sehingga wangi dan kering.
Padamkan api dan sejukkan sebelum disalut dengan ubi keledek.
Salutkan ubi keledek dengan sira pedas, taburkan bawang goreng holland dan daun kari.
Sunday, 17 August 2014
Ayam Masak Padang
Ingredients:
1 kg Chicken
1 no. coco
salt to taste
3 pcs dried tamarind
2 pcs turmeric leaves
3 pcs star anise
5cm cinnamon stick
To blend:
40gm gingernut
3 stalks lemongrass
40gm galangal
30gm turmeric
40gm garlic
40gm candlenut
50gm shallots
50gm chilli boh
Method:
Clean and cut chicken into 12 pieces.
Squeeze coconut milk and heat oil in wok.
Fry blended ingredients with chilli boh, cinnamon stick and star anise until fragrant.
Pour in coconut milk and add chicken.
Season with salt.
Add turmeric leaves and dried tamarind.
Stir evenly and cook over medium heat until chicken is tender.
Serve with hot white rice, ketupat, lemang, lontong or roti and etc.
Super easy and yummy................
Deep Fried Chicken in Balinese Style
Recipe: Chef Liza Zainol
Ingredients (A):
1 Kampung Chicken, 1/2 cup grated coconut
2 Bombay Onion (finely chopped / sliced)
2 stalks curry leaf (leaves only)
2 tbsp corn flour
Ingredients (B):
4cm ginger
1 Bombay Onion
4 cloves garlic
3 stalks lemongrass
Seasoning:
1 tsp saffron (i used fresh turmeric)
1 tso salt
1 tbsp curry powder
Method:
Wash and pat dry chicken, cut into small pieces. Marinade it with seasoning.
Blend ingredients (B) in an electrical blender, add into chicken with the rest of ingredients (A), let it marinade for about 1 hour.
Heat up oil and deep fry the marinated chicken pieces over high heat until cooked and golden brown.
Remove from heat, serve at once.
Saturday, 2 August 2014
Biskut Oats Kelapa dan Aprikot
Bahan-bahan:
1 cawan mentega (Boleh dikurangkan mentega dan tambahkan margerine/peanut butter/shortening dijadikan 1 cawan)
1/4 cawan gula kasar
2/3 cawan gula perang
2 biji telur
1 1/2 sudu teh esen vanila
2 cawan tepung serbaguna
1 1/4 sudu teh soda bikarbonat
2 cawan rolled oats
1/2 cawan nestum
1/2 cawan cip coklat kurang manis
1/2 cawan kelapa parut hawaiian
1/2 cawan aprikot, dicincang kasar
Caranya:
Panaskan oven pada suhu 160C selama 20 minit sebelum membakar.
Pukul mentega dan gula sehingga gebu dan berkrim selama 2-3 minit pada kelajuan yang tinggi.
Perlahankan kelajuan pengadun, masukkan telur satu persatu, pukul lagi sehingga sebati.
Masukkan esen vanila, pukul sebati.
Masukkan tepung, soda bikarbonat dan rolled oats ke dalam campuran telur dan pukul sehingga adunan sebati.
Masukkan cip coklat, nestum, kelapa dan aprikot, kacau rata.
Masukkan 1 sudu besar adunan dan bentukkan bulat dan bubuh di atas dulang pembakar, buat hingga habis.
Bakar selama 14 minit (bergantung pada suhu oven masing-masing).
Apabila biskut telah masak, biskut akan kelihatan keperangan dibahagian tepi.
Biskut Cip Coklat Chef Wan
Resipi: 400 Resipi Terbaik Chef Wan, sodapp...rugi Cik Jah tak mencoba
Bahan-bahan:
1 cawan mentega tanpa garam (Saya guna salted butter)
1 sudu teh esen vanilla
1/2 cawan gula kastor (Asal 1 cawan)
1/2 cawan gula perang hitam
1 biji telur
1/3 cawan serbuk koko tanpa gula
2 sudu makan susu segar
1 3/4 cawan tepung serbaguna
1/4 sudu teh soda bikarbonat
1 cawan pekan atau walnut, dicincang
70g kurma, dicincang
1 cawan cip coklat kurang manis
Caranya:
Menggunakan pengadun elektrik, pukul mentega dengan kelajuan tinggi.
Masukkan esen vanila dan kedua jenis gula, putarkan hingga gebu.
Masukkan telur, perlahankan kelajuan pengadun dan masukkan serbuk koko diikuti susu segar.
Di dalam mangkuk yang berasingan, kacaukan tepung dan soda bikarbonat dengan menggunakan senduk kayu.
Campurkan sekali kekacang, kurma dan cip coklat. Gaul sebati.
Kemudian masukkan ke dalam mesin pengadun yang mengandungi campuran telur tadi.
Putarkan perlahan-lahan.
Kaupkan adunan menggunakan sudu teh. Bulatkan.
Letakkan di atas dulang pembakar. Buat sampai habis.
Bakar pada suhu 175C selama 12-13 minit (bergantung pada oven masing-masing).
Sejukkan selama 2 minit sebelum mengalihkan biskut dari dulang pembakar.
Subscribe to:
Posts (Atom)