Bahan-bahan:
1 cawan mentega (Boleh dikurangkan mentega dan tambahkan margerine/peanut butter/shortening dijadikan 1 cawan)
1/4 cawan gula kasar
2/3 cawan gula perang
2 biji telur
1 1/2 sudu teh esen vanila
2 cawan tepung serbaguna
1 1/4 sudu teh soda bikarbonat
2 cawan rolled oats
1/2 cawan nestum
1/2 cawan cip coklat kurang manis
1/2 cawan kelapa parut hawaiian
1/2 cawan aprikot, dicincang kasar
Caranya:
Panaskan oven pada suhu 160C selama 20 minit sebelum membakar.
Pukul mentega dan gula sehingga gebu dan berkrim selama 2-3 minit pada kelajuan yang tinggi.
Perlahankan kelajuan pengadun, masukkan telur satu persatu, pukul lagi sehingga sebati.
Masukkan esen vanila, pukul sebati.
Masukkan tepung, soda bikarbonat dan rolled oats ke dalam campuran telur dan pukul sehingga adunan sebati.
Masukkan cip coklat, nestum, kelapa dan aprikot, kacau rata.
Masukkan 1 sudu besar adunan dan bentukkan bulat dan bubuh di atas dulang pembakar, buat hingga habis.
Bakar selama 14 minit (bergantung pada suhu oven masing-masing).
Apabila biskut telah masak, biskut akan kelihatan keperangan dibahagian tepi.
No comments:
Post a Comment