Bahan-bahan:
Ubi Keledek kuning, buang kulit, potong memanjang dan cuci bersih, toskan, lapkan sedikit dengan kertas tisu
1 biji Bawang Holland, dipotong bulat (optional)
Daun kari
Bahan-bahan salutan ubi keledek, dibancuh rata dan rehat sebentar:
Tepung gandum
Sedikit tepung jagung
Garam secukupnya
Sedikit jintan putih
Sedikit serbuk penaik
Sedikit soda bikarbonate
Air secukupnya untuk bancuhan
Minyak untuk menggoreng dan menumis sira pedas secukupnya
Untuk menggoreng ubi keledek:
Ubi dimasukkan kedalam periuk besar, masukkan bancuhan tepung dan kacau sehingga sebati.
Setelah minyak panas, gorengkan sehingga kekuningan, angkat.
Goreng sedikit-sedikit di dalam kuali. Lakukan gorengan sebanyak 2x bagi mendapatkan kerangupan kulit pada keledek. Toskan di kertas tisu sebelum disalut dengan sira pedas.
Setelah habis menggoreng keledek, bolehlah digorengkan bawang holland dan daun kari.
Gaulkan pada bancuhan tepung dan goreng sehingga kecoklatan, angkat dan toskan.
Jikalau tidak suka pada salutan sira pedas, boleh juga digoreng bancuhan tepung berjintan putih dengan ubi keledek tanpa sira pedas dan bawang holland.
Enak dimakan panas-panas.
Bahan-bahan sira pedas, diblend halus:
Cili kering
Bawang merah besar
Bawang putih
Halia muda sedikit
Lengkuas muda sedikit
Garam secukupnya
Gula perang sedikit
Caranya:
Masukkan sedikit minyak dikuali, tumiskan bahan-bahan yang telah diblend tadi sehingga harum dan pecah minyak. Masukkan sedikit daun kari, kacau rata.
Masukkan garam dan gula perang secukupnya, kacau rata sehingga wangi dan kering.
Padamkan api dan sejukkan sebelum disalut dengan ubi keledek.
Salutkan ubi keledek dengan sira pedas, taburkan bawang goreng holland dan daun kari.
No comments:
Post a Comment