Nasi Pilau Mattar
Bahan-bahan:
2 cawan beras basmathi, dicuci dan rendamkan lebih kurang 30
minit
1 cawan green peas, jika suka
2 cawan air, jika suka boleh masukkan 1 cawan air + 1 cawan
susu low fat
Garam secukup rasa
2 camca besar Minyak sapi, Kim guna jenama Adela
…..emmm…..harum semerbak
1 sudu teh jintan putih, disangai tanpa minyak
Bahan tumisan:
1 labu bawang besar, dihiris
2 ulas bawang putih *
2cm halia *, bahan * ditumbuk
1 kuntum Bunga lawang
5 kuntum Bunga cengkih
2.5cm Kayu manis
5 biji Lada hitam biji
Bahan taburan /
hiasan:
Bawang goreng
Daun bawang, dihiris
Caranya:
Panaskan minyak sapi dalam periuk
nasi, tumiskan bawang besar hingga kekuningan dan wangi baunya.
Masukkan rempah tumis kacau
hingga wangi dan masukkan air secukupnya untuk masak nasi dan tutup hingga
mendidih. (Boleh dimasukkan bawang goreng yang kekuningan untuk menjadikan
warna nasi cantik, jangnan masukkan bawang goreng yang hangus).
Masukkan baki air dengan green
peas dan biarkan mendidih barulah dimasukkan beras dan garam, kacau dan biarkan
hingga nasi masak.
Bila nasi sudah masak taburkan
jintan yang telah digoreng tanpa minyak.
Hidangkan bersama kari dal dan
mutton chop dan hias dengan bawang goreng.
(Nota: Kim hidangkan bersama acar campuran, ayam butter masala dan ayam
goreng berempah serai)
Ayam Goreng Berempah Serai
(Resipi: Love2Cook Malaysia / Sumber: IzahDaut)
Bahan-bahan:
1 ekor ayam (dicuci bersih dan dipotong sederhana)
Bahan-bahan dikisar
bersama:
6 ulas bawang putih
7 ulas bawang merah
2” halia
3-4 batang Serai, boleh
guna 5-6 batang jika suka
3 sudu besar cili kisar
2 sudu besar serbuk kari daging
½ sudu kecil serbuk jintan putih
½ sudu kecil serbuk jintan manis
½ sudu kecil serbuk ketumbar
½ sudu rempah 5 spices (optional)
Garam secukup rasa
3 tangkai daun kari
Minyak untuk menggoreng
Caranya:
Campurkan semua bahan diatas
bersama dengan ayam kecuali daun kari dan minyak.
Gaul
sebati dan biarkan perap selama 1 jam. Kim perap semalaman, lebih sedap.
Panaskan minyak dalam kuali. Pastikan minyak berlebihan supaya ayam
tenggelam ketika digoreng.
Masukkan ayam satu per satu dan
goreng hingga masak.
Taburkan daun kari bila dan ½
masak.
Dah masak, angkat dan toskan
minyak berlebihan.
Ayam Butter Masala
Resipi: Khairul Hakimin@Muhammad
Abuain Kitchen Studio
Bahan-bahan:
10-15 ketul Ayam @ 1 ekor
dipotong sedang
Serbuk kunyit dan sedikit garam,
digaul dengan ayam dan goreng sehingga masak
3 sudu besar rempah masala
3 sudu besar butter ~ guna jenama
Adela
½ cawan susu segar ~ guna susu
segar low fat
1 tangkai daun kari
1-2 biji cili hijau
1 biji lemon
Biji sawi
Biji halba
Biji jintan manis
Kayu manis
B lawang
Buah pelaga
Garam secukup rasa
Bahan kisar:
1 biji bawang besar India
3 biji bawang merah Inida
3 ulas bawang putih
1” Halia
Caranya:
Ayam dilumuri dengan serbuk
kunyit dan garam sedikit dan goreng sehingga masak.
Kemudian dalam kuali yang
berasingan tumis bahan menggunakan butter dan bahan yang telah dikisar tadi
bersama rempah.
Tumis sehingga biji sawi dan
halba mula meletup-letup di dalam kuali dan masukkan daun kari.
Kemudian masukkan rempah masala
yang telah dicampurkan bersama susu segar, kacau sebati.
Kemudian masukkan cili hijau yang
telah dipotong besar (2-3 potongan saja).
Kacau sehingga menjadi pekat,
masukkan perahan lemon.
Kacau sebati dan masukkan garam,
terus masakkan ayam dan kacau sebati.
Angkat dan hidangkan.