Bahan-bahan:
Spaghetti, direbus hingga lembut dengan masukkan sedikit minyak pada air rebusan
Tauhu potong kecil, goreng hingga garing
Fish kek hiris halus, goreng lebih kurang
Tomato potong panjang
Cili boh
Telur dikocok sedikit
Tauge
Cili hijau potong serong
Minyak menggoreng dan menumis
Daun sup dan daun bawang potong panjang
Limau kasturi secukupnya, ambil air
Bahan tumbuk halus dan tumis:
Halia tumbuk halus
Udang kering sedikit
Bawang merah kecil#
Bawang putih # bertanda tumbuk bersama
Bahan-bahan sos, gaul sebati:
1 sudu besar sos tiram
1 sudu besar sos cili
1 sudu besar kicap pekat
1/2 sudu besar kicap cair
Sedikit serbuk lada hitam
Caranya:
Masukkan sedikit minyak dikuali, tumis udang kering sehingga garing.
Masukkan cili boh, bawang merah dan bawang putih yang ditumbuk, kacau sehingga wangi.
Masukkan halia, tumis sehingga sebati. Masukkan tomato, cili hijau dan kacau rata.
Masukkan bahan-bahan sos dan spaghetti, kacau sehingga sebati. Tolak ketepi. Masukkan telur dan kacau bersama spaghetti sehingga rata.
Akhir sekali sebelum dipadamkan api, masukkan tauhu, fish cake, tauge dan perahan air limau kasturi. Gaul sebati, angkat dan hidangkan.
No comments:
Post a Comment