Bahan-bahan:
Sotong, bersihkan dan gaul dengan sedikit serbuk lada hitam
Sedikit minyak menumis
Daun kari
Cili kering
Halia cincang
Serai diketuk
Daun ketumbar jika suka
Sedikit air
Bahan-bahan sos, digaul sebati:
3 sudu besar sos tiram
2 sudu besar sos cili
1/2 sudu besar kicap manis
Serbuk lada hitam
Bahan-bahan tumbuk halus:
4 ulasbawang merah kecil
4 ulas bawang putih
Sedikit halia
Caranya:
Masukkan sedikit minyak dikuali.
Tumis bahan tumbuk, serai, halia cincang, daun kari dan cili kering hingga wangi.
Masukkan bahan-bahan sos dan sotong.
Kacau sebati, masukkan sedikit air, gaul rata.
Jangan masak terlalu lama nanti sotong menjadi liat.
Hidangkan bersama nasi putih
No comments:
Post a Comment