Monday, 3 April 2017

Ayam Halia



















Bahan-bahan:
Isi ayam atau ayam yang bertulang potong kecil, gaulkan bersama serbuk lada putih
Lobak merah potong panjang
Halia hiris panjang
Ubi Kentang, dipotong baji & rebus separuh masak (optional, nak habiskan stok)
Cili merah dihiris panjang
Cili padi potong kecil
1 biji tomato dipotong baji
1 batang serai diketuk
Bawang putih dicincang halus
Bawang merah besar dibelah 8
Bawang besar kuning dibelah 8
Sedikit kiub ayam
Sedikit air
Garam secukup rasa
Minyak untuk menumis

Caranya:
Masukkan sedikit minyak, tumiskan serai dan cili padi, masukkan bawang besar merah dan kuning tumis sehingga layu.
Masukkan hirisan halia dan bawang putih, kacau sebati.
Masukkan isi ayam dan lobak merah, kacau sebati, masukkan air secukupnya.
Biarkan seketika hingga air mendidih, masukkan cili merah, tomato dan ubi kentang.
Masukkan kiub ayam dan garam secukupnya.
Kacau sehingga ayam empuk dan hidangkan bersama nasi putih.





No comments:

Post a Comment