Sunday, 16 April 2017

Sotong Halia




















Bahan-bahan:
Sotong dibersihkan
Sedikit isi ayam jika suka
Lobak merah dihiris panjang
Cili merah dihiris panjang
Cili hijau dihiris panjang
Halia dihiris panjang
Bawang besar kuning, dibelah 8
Tomato dibelah 8
Sedikit ayam
Sedikit kiub ayam
Sedikit sos tiram
Serbuk lada hitam
Serbuk lada putih
Sedikit air perahan limau kasturi
Air secukupnya
Minyak untuk menumis

Bahan-bahan cincang halus:
Halia
Bawang putih

Caranya:
Masukkan minyak sedikit dan tumiskan hirisan halia, lobak merah dan masukkan isi ayam.
Masukkan cili merah, cili hijau, bawang besar dan tomato, kacau sebati.
Masukkan bahan-bahan cincang, kacau sebati .
Masukkan sedikit sos tiram, air dan masak sehingga isi ayam empuk.
Masukkan garam dan kiub ayam, kacau rata.
Masukkan serbuk lada putih dan hitam, kacau sebati.
Masukkan sotong dan jangan dimasak terlalu lama nanti sotong liat.
Akhir sekali masukkan perahan air limau kasturi, kacau rata.
Angkat dan hidangkan dengan nasi putih.

No comments:

Post a Comment