Monday, 10 April 2017

Ikan Tumis Halia Tauco




















Bahan-bahan:
Ikan kembung, bersihkan dan sapukan garam dan serbuk kunyit, goreng sehingga masak ketepikan
Sedikit sos tiram
Sedikit air + perahan air jus limau kasturi
Minyak sedikit

Bahan-bahan halia tauco:
Halia dihiris kasar memanjang
Bawang putih dicincang
1 sudu besar tauco cucikan untuk membuang garam pada tauco

Caranya:
Masukkan sedikit minyak dikuali, tumiskan halia dan bawang putih sehingga wangi.
Masukkan tauco dan kacau sebati.
Masukkan sos tiram sedikit, gaul rata.
Sebelum dipadamkan api masukkan air + perahan air jus limau kasturi, gaul rata.
Padamkan api dan bubuh atas ikan yang telah digoreng tadi.
Hidangkan bersama nasi putih panas dan sambal belacan.



No comments:

Post a Comment