Bahan-bahan:
Mee hoon, rendamkan dan toskan.
Tauhu goreng
Tomato
Tauco yang ditumbuk
Isi ayam/udang/bebola
Sos tiram
Sedikit kicap manis
Minyak
Air secukupnya
Garam secukup
Hirisan daun bawang
Hirisan bawang goreng
Bahan-bahan kisar:
1 labu bawang besar
6 biji bawang merah
3 biji bawang putih
20 tangkai cili kering
3 tangkai cili merah masak
Caranya:
Masukkan minyak di kuali.
Tumiskan bahan-bahan kisar sehingga harum dan pecah minyak.
Masukkan isi ayam, kacau rata dan masukkan sedikit air.
Biar ayam empuk, masukkan taucho tumis sebentar.
Masukkan tauhu goreng, sos tiram dan kicap manis.
Masukkan mee hoon dan air gaul sehingga sebati.
Masukkan garam secukup.
Setelah mee hoon lembut dan masak, angkat dan taburkan bawang goreng dan hirisan daun bawang.
No comments:
Post a Comment