Tuesday, 25 April 2017

Daging Kambing Hitam Madras



Daging Hitam Madras ~ Sumber Saji
Bahan-bahan:
1 kg daging
2 sudu besar kicap pekat
Sedikit bawang goreng
Sedikit garam ~ tak bubuh
Sedikit gula ~ tak bubuh
Minyak masak untuk menumis
Bahan-bahan kisar:
10 tangkai cili kering
2cm halia
4 labu bawang besar
2 ulas bawang putih
1 batang serai ~ tambah
Bahan-bahan tumisan:
1 labu bawang besar ~ hiris
1 batang serai ~ ketuk
2 tangkai daun kari
Bahan-bahan rempah:
2cm kulit kayu manis
2 biji buah pelaga
2 kuntum bunga lawang
3 kuntum bunga cengkih
1 sudu kecil jintan manis
Caranya:
Panaskan minyak dan tumis bahan tumisan hingga naik bau.
Masukkan bahan kisar dan daging.  Masak hingga daging lembut.
Kemudian masukkan kicap pekat, gaul rata.
Ramaskan bawang goreng hingga hancur (Kim tak ramas), lalu masukkan kedalam daging dan gaul rata.
Masukkan gula dan garam secukup rasa, jika perlu.
Apabila daging sudah agak pekat dan rata, bolehlah ditutup apinya.

Peria Goreng 
Bahan-bahan:
Peria dihiris nipis
Sedikit daun kari
Sedikit serbuk kunyit
Sedikit serbuk cili
Sedikit garam masala
Sedikit jintan putih / manis
Garam secukup
Minyak menggoreng secukupnya
5 sudu makan tepung gram / besan
1 sudu makan tepung beras

Caranya:
Gaulkan kesemua bahan-bahan diatas sehingga rata dan sebati.
Panaskan minyak pada suhu yang sederhana, goreng sehingga kekuningan.
Angkat dan toskan.

No comments:

Post a Comment