Monday, 10 April 2017

Terung Cah Sambal Ikan Bilis




















Bahan-bahan:
Terung
Minyak menumis
Garam secukup rasa
Air sedikit jika perlu
Jus air limau kasturi

Bahan-bahan untuk menumis:
Cili merah masak *
Bawang merah *
Bawang putih * ditumbuk kasar

Sedikit ikan bilis *ditumbuk kasar

Caranya:
Masukkan sedikit minyak di kuali, masukkan ikan bilis goreng sehingga garing sedikit.
Masukkan rempah cili dan bawang tumis sehingga wangi dan pecah minyak.
Masukkan terung dan kacau sebati.
Perasakan dengan garam.
Masak sehingga terung lembut, jika perlu bubuh sedikit air.
Setelah terung lembut, sebelum dipadamkan api masukkan jus limau kasturi.
Kacau rata dan hidangkan.

No comments:

Post a Comment