Sunday, 16 April 2017

Nasi Minyak Daun Kari



















Bahan-bahan:
Beras basmathi, cuci dan rendamkan selama 30 minit & toskan
Air (nisbah 1 pot beras, guna 1 1/2 pot air)
Minyak sedikit untuk menumis
Daun kari secukupnya
Sayuran campuran secukupnya
Cili merah dipotong
Bawang merah kecil goreng garing, ketepikan
Bawang besar merah dimayang
Halia dihiris
Garam secukupnya
Kiub ayam sedikit

Bahan-bahan rempah:
Biji jintan hitam
Biji jintan manis
Biji jintan putih
Kayu manis
Buah pelaga
Bunga lawang
Bunga cengkih

Garam masala sedikit

Bahan-bahan kisar/tumbuk:
Bawang putih
Halia

Caranya:
Masukkan sedikit minyak (guna minyak yang telah digoreng bawang merah kecil tadi).
Tumiskan, bahan-bahan rempah, masukkan daun kari, bawang besar, halia tumis sehingga harum.
Masukkan bahan-bahan kisar dan garam masala, kacau sebati dan masukkan sayuran campuran, garam dan kiub ayam, kacau rata.
Masukkan beras dan kacau perlahan.
Masukkan ke periuk nasi dan masukkan air.
Tanak sehingga nasi masak.
Sebelum dihidang taburkan bawang goreng.

No comments:

Post a Comment