1 keping bee hoon direndam sehingga lembut
1 biji cii merah dihiris panjang * digoreng bersama sehingga lembut
1 biji cili hijau dihiris panjang *
1/2 batang lobak merah dihiris panjang *
Tauhu dipotong panjang dan digoreng
Garam secukup rasa
Sos tiram vegetarian
Air secukupnya
Minyak
Bahan-bahan tumis:
1 sudu besar cili giling
4 ulas bawang merah * ditumbuk kasar
3 ulas bawang putih * ditumbuk kasar
Udang vegetarian
Caranya:
Panaskan sedikit minyak dikuali.
Masukkan bawang tumbuk dan tumis sehingga lembut.
Masukkan cili giling dan tumis sehingga cili masak.
Masukkan udang vegetarian dan kacau sebati, tumis sebentar.
Masukkan sos tiram dan dikacau sebati,
Masukkan air sedikit, kacau rata.
Masukkan bee hoon dan tambahkan air secukupnya.
Masak sehingga bee hoon lembut, masukkan garam secukupnya dan bahan-bahan yang digoreng seperti tauhu, cili dan lobak merah.
Kacau sebati. Angkat dan hidangkan.
No comments:
Post a Comment