Monday, 30 November 2020

Ayam Goreng Berempah







Resepi by:@yatiekitchen, untuk cara memasak boleh rujuk di @yatiekitchen_video, thanks sis
Recooked by:@kim_kimberly1509 
Bahan-bahan rempah, dikisar kasar:
Biji ketumbar, sangai dan kisar kasar
Cili kering potong pendek celur dan kisar kasar
Serbuk kunyit
Garam
Mushrooms seasonings 
Daun kari
Tepung beras

Ayam dipotong kecil

Caranya:
Gaulkan ayam dengan kesemua bahan-bahan dan perapkan semalaman atau sebentar. 
Goreng dengan api sederhana sehingga masak. 





Samosa Sayuran






Resepi by:@kualihelena
Recooked by:@kim_kimberly1509 
Bahan-bahan inti:
1 carrot potong dadu
2 saiz sedang ubi kentang potong dadu
200g ayam kisar 
Daun sup / bawang hiris
200ml air
Serbuk lada putih

Bahan-bahan ditumbuk:
5 bawang merah
4 bawang putih

Cara memasak inti:
Tumis bahan tumbuk sehingga wangi. 
Masukkan ayam kisar dan masak sehingga ayam berubah warna. 
Masukkan carrot, kentang dan air. 
Masak sehingga agak lembut, masukkan daun sup/bawang.
Perisakan dengan garam, lada putih dan cukup rasa.
Kacau sebati sehingga agak kering. 

Cara menggulung popia:
Gunting kulit popia pada 3 bahagian, Pastikan gunting pada 3 bahagian, kalau gunting pada 2 bahagian susah nak gulung bentuk segitiga.
Lipat popia bentuk segitiga, isikan sedikit inti, lipat lagi bentuk segitiga.  Kalau tak faham boleh rujuk di @kualihelena ada video menunjuk cara melipat popia. 
Akhir sekali sapu gam tepung dihujung-hujung bahagian kulit. 
Goreng dengan api yang sederhana dan sentiasa dibalik-balikkan supaya warna nya sekata. 


Salad Chicken Pepperoni bersama Telur Dadar








Recipe by:@kim_kimberly1509
Bahan-bahan sos, digaul sebati:
1 sdb bijan putih sangai, tumbuk sehingga halus
1 sdb bijan hitam sangai, tumbuk halus
1/2 sdb kacang tanah sangai tumbuk halus
1 ulas bawang putih 
1 sdb minyak zaitun 
1 sdb kicap cair
Rice vinegar secukup
1 biji jus perahan lemon
Lada hitam kasar
Gula perang / madu

Bahan-bahan salad:
Daun salad hiris
Lobak merah parut
Telur dadar
Chicken pepperoni



Pumpkin Gnocchi





Recipe by:@saomeaklong, thanks for the dessert recipe🙏❤️
Recooked by:@kim_kimberly1509 
Bahan-bahan:
100g labu kuning
1 cawan tepung ubikayu
100ml air kelapa
250ml santan pekat
1/4 cawan gula pasir
1/2 sdt garam, lain nak letak 1/4 sdt
Bijan sangai
Isi kelapa / kelapa parut muda
Daun pandan

Cara membuat gnocchi:
Rebus labu kuning sehingga lembut. 
Angkat dan toskan air. 
Lenyek labu kuning bersama tepung ubikayu semasa masih panas. 
Bila dah suam sedikit barulah diulu hingga tidak melekat ditangan. 
Rehatkan sebentar. 
Sediakan air rebusan yang diisi dengan daun pandan sehingga mendidih. 
Sediakan mangkuk besar yang diisi air sejuk + air batu. 
Ambil sedikit doh dan leperkan pada acuan kuih siput. 
Gulung dan terus dimasukkan kedalam air yang mendidih. 
Bila timbul di permukaan bolehkah diangkat dan masukkan pada air sejuk. 
Buat sehingga habis, biarkan direndam dengan air ais. 
Cara membuat kuah:
Masukkan daun pandan, air kelapa, gula dan garam kedalam periuk, masak sehingga gula larut. 
Masukkan santan pekat kacau sebentar, masukkan gnocchi kedalam Kuah, kacau rata dan matikan api. 
Hidangkan bersama bijan dan isi kelapa. 





Wednesday, 25 November 2020

Purple Sweet Potatoes Gnocchi




















Recipe by:@saomeaklong, thanks sis so yummy 😋 
Recooked by:@kim_kimberly1509
Bahan-bahan:
100g keledek ungu
1/4 cawan tepung ubikayu
100ml air kelapa, guna air mineral
250ml santan pekat
1/4 cawan gula putih kasar, tak perlu kurang tak terlalu manis 
1 sdt garam, lain kali nak guna 1/4 - 1/2 sdt
Daun pandan
Bijan putih sangai, mesti letak baru sedap
Isi kelapa tak ada stok, guna parutan kelapa segar, mesti letak juga baru sedap

Acuan kuih siput atau guna belakang garpu

Caranya:
Rebus keledek hingga lembut, angkat dan toskan air. 
Semasa masih panas lenyekkan dengan garpu bersama tepung ubikayu. 
Setelah suam sedikit uli sehingga tidak melekat ditangan. Rehatkan sebentar. 
Sediakan air rebusan secukupnya, masukkan daun pandan dan rebus air sehingga mendidih. 
Ambil sedikit adunan, leperkan pada acuan/garpu, lalu gulung. Buat sehingga habis. 
Masukkan kedalam air yang telah mendidih. 
Bila timbul diatas permukaan air, angkat dan toskan air. 
Masukkan pula kedalam air sejuk. 

Cara memasak kuah:
Masukkan air kelapa, gula dan daun pandan. 
Didihkan sehingga gula larut. 
Masukkan santan pekat dan gnocchi, sambil dikacau. 
Padamkan api. 
Hidangkan bersama sedikit taburan bijan dan isi kelapa. 
Boleh dimakan panas atau sejuk. 




Wednesday, 11 November 2020

Sup Ikan Kembung








Resepi by:@kim_kimberly1509 
Bahan-bahan:
1 ekor ikan kembung
Cili padi merah / hijau ikut suka
2 ulas bawang putih cincang
1/2" halia
1 batang serai diketuk
1 biji tomato dipotong 4
Daun ketumbar/sup
Daun bawang
Sedikit bawang merah goreng
Sedikit serbuk lada sulah
Sedikit perisa
Sedikit sos ikan
2 biji jus perahan limau nipis
Garam secukup
Air 

Caranya:
Masukkan air kedalam periuk. 
Masukkan bawang putih, halia, cili padi, serai dan batang ketumbar/sup. 
Kacau dan biarkan mendidih. 
Masukkan perisa, jus limau, sos ikan dan kacau, biar mendidih. 
Masukkan ikan, tomato, garam dan lada sulah, sambil di balikkan ikan sekali saja. 
Rasa sebelum dimatikan api. 





Sunday, 8 November 2020

Pudina Chutney





Recipe sourced:rakskitchen.net 

Recooked by:@kim_kimberly1509
Ingredients:
3/4 cup loosely packed mint leaves
1/2 cup ~ 3/4 cup freshly grated coconut
6 green chilies
1 tbsp fried gram dhal (pottukadalai) 
A generous pinch tamarind 
1 small piece ginger (optional) 
1/4 tsp turmeric
3/4 tsp salt

Ingredients "to temper":
1 tsp oil
3/4 tsp mustard seeds
1 tsp urad dal

Method:
Wash the mint leaves and let it retain some water. 
Heat a pan with oil, season with items given to temper. 
Transfer to serving bowl and with same pan, add the washed mint leaves and saute the mint leaves in medium flame until it just shrink in volume. 
Grind coconut, green chilies, fried gram dhal, tamarind, ginger if using and salt with little water. 
Lastly add mint leaves and turmeric. 
Grind until everything blend well and transfer to serving bowl and mix well with tempered items. 
Serve with idli, dosa and paniyarams too. 

Rakskitchen.net tips:
Adding mint leaves lastly not become too smooth. If you want smooth can grind together. 
Turmeric will give a nice cool green cour. 
You can add milk if your coconut is very dry while grinding. 
Ginger add a nice favour and goes well with mint. 




Wednesday, 4 November 2020

Chicken Varuval



Resepi by:Yatie Kitchen Buku Masakan Edisi 3
Recooked by:@kim_kimberly1509 





Dadar Gulung / Ketayap







Resepi by:@adikfoods

Recooked by:@kim_kimberly1509
Bahan-bahan inti:
2 cawan gula melaka parut
1/4 cawan gula pasir
2 cawan air
1 paket kelapa kering Sejati S&P 
1 kotak / 200ml santan S&P pandan
1 sdb tepung gandum 
1 sdk garam

Cara memasak inti:
Masukkan gula melaka, gula pasir, air, 
kelapa kering, santan, tepung dan garam kedalam kuali. 
Kacau sehingga inti kelapa sebati dan pekat. 
Tutup api dan sejukkan inti. 

Bahan-bahan kulit:
2 cawan air / air daun pandan, guna 8 helai daun pandan
1 biji telur
2 sdb minyak masak
1 kotak / 200ml santan S&P 
2 cawan tepung
1 sdk garam 
Pewarna hijau jika tak mengguna daun pandan

Cara saya membancuh adunan :
Masukkan air dan air daun pandan kedalam blender. 
Blend hingga halus, keluarkan sedikit adunan tanpa diwarnai. 
Balance adunan didalam blender saya 
masukkan daun pandan dan blend halus. 
Tapiskan adunan dan buangkan hampas daun pandan. 
Saya menapis adunan sebanyak 3 kali. 
Sedia didadarkan adunan. 

Cara mendadar kulit:
Sediakan kuali non stick, sapukan sedikit minyak dan panaskan. 
Tidak perlu disapu minyak banyak kali. 
Masukkan adunan tanpa pewarna kedalam botol. 
Corakkan free style tanpa pewarna kedalam kuali. 
Masukkan 1 senduk besar adunan hijau tuangkan ke atas adunan yang dicorakkan, dadarkan/lenggangkan. 
Bila tak melekit atas permukaan kulit, angkat.
Terbalikkan kulit dan masukkan 1 sdb inti, gulung dengan kemas. 
Hidangkan


Tuesday, 3 November 2020

Ayam Goreng Krispi





Resepi by:@yatiekitchen 

Recooked by@kim_kimberly1509
Bahan-bahan:
1/2 ekor ayam
1/2 cawan air
2 sdb maltose syrup
Garam secukupnya
Mushrooms seasonings secukupnya
Serbuk lada sulah secukupnya

Caranya:
Masukkan air kedalam periuk atau kuali besar. 
Didihkan air sehingga mendidih.
Masukkan maltose, garam, seasonings dan lada sulah, kacaukan.
Bila dah sebati dan mendidih, masukkan ayam dan siram-siramkan air pada ayam, supaya ayam menjadi tegang. 
Balik-balikkan beberapa kali sambil itu siram-siramkan air lagi pada ayam.
Angkat dan toskan sehingga betul-betul kering, sebelum digoreng ayam sehingga kecoklatan. 
Jikalau ayam tidak kering dengan betul, kulit tidak akan menjadi garing bila digoreng. 


Lempeng Carrot dan Pudina Cutni






Resepi by:@kim_kimberly1509 

Bahan-bahan:
1 cawan tepung beras
Sedikit tepung gandum +/- Segenggam 
1 biji lobak merah sagat halus
1 cawan air / susu / santan cair
1 biji telur
Sedikit garam
Minyak untuk sapuan dikuali

Caranya:
Masukkan tepung beras, gandum, lobak merah, telur, garam dan air kedalam mangkuk besar.
Kacau dengan whisk sehingga tiada gumpalan yang besar. 
Rehatkan sebentar.
Panaskan kuali non stick yang sudah disapu sedikit minyak. 
Saya hanya sapu minyak sekali saja, tak melekat. 
Ambil dalam 1 senduk dan dadarkan. 
Jangan buat terlalu tebal, nipis sedikit. 
Bila permukaan atas dah tak melekit, terbalikkan dan masakan sebentar. 
Angkat dan letak atas pinggan hidang. 
Walaupun sampai ke petang masih lembut. 
Boleh dicicah dengan sambal, kari atau cutni.