Monday, 30 November 2020

Pumpkin Gnocchi





Recipe by:@saomeaklong, thanks for the dessert recipe🙏❤️
Recooked by:@kim_kimberly1509 
Bahan-bahan:
100g labu kuning
1 cawan tepung ubikayu
100ml air kelapa
250ml santan pekat
1/4 cawan gula pasir
1/2 sdt garam, lain nak letak 1/4 sdt
Bijan sangai
Isi kelapa / kelapa parut muda
Daun pandan

Cara membuat gnocchi:
Rebus labu kuning sehingga lembut. 
Angkat dan toskan air. 
Lenyek labu kuning bersama tepung ubikayu semasa masih panas. 
Bila dah suam sedikit barulah diulu hingga tidak melekat ditangan. 
Rehatkan sebentar. 
Sediakan air rebusan yang diisi dengan daun pandan sehingga mendidih. 
Sediakan mangkuk besar yang diisi air sejuk + air batu. 
Ambil sedikit doh dan leperkan pada acuan kuih siput. 
Gulung dan terus dimasukkan kedalam air yang mendidih. 
Bila timbul di permukaan bolehkah diangkat dan masukkan pada air sejuk. 
Buat sehingga habis, biarkan direndam dengan air ais. 
Cara membuat kuah:
Masukkan daun pandan, air kelapa, gula dan garam kedalam periuk, masak sehingga gula larut. 
Masukkan santan pekat kacau sebentar, masukkan gnocchi kedalam Kuah, kacau rata dan matikan api. 
Hidangkan bersama bijan dan isi kelapa. 





No comments:

Post a Comment