Resepi by:@kualihelena
Recooked by:@kim_kimberly1509
Bahan-bahan inti:
1 carrot potong dadu
2 saiz sedang ubi kentang potong dadu
200g ayam kisar
Daun sup / bawang hiris
200ml air
Serbuk lada putih
Bahan-bahan ditumbuk:
5 bawang merah
4 bawang putih
Cara memasak inti:
Tumis bahan tumbuk sehingga wangi.
Masukkan ayam kisar dan masak sehingga ayam berubah warna.
Masukkan carrot, kentang dan air.
Masak sehingga agak lembut, masukkan daun sup/bawang.
Perisakan dengan garam, lada putih dan cukup rasa.
Kacau sebati sehingga agak kering.
Cara menggulung popia:
Gunting kulit popia pada 3 bahagian, Pastikan gunting pada 3 bahagian, kalau gunting pada 2 bahagian susah nak gulung bentuk segitiga.
Lipat popia bentuk segitiga, isikan sedikit inti, lipat lagi bentuk segitiga. Kalau tak faham boleh rujuk di @kualihelena ada video menunjuk cara melipat popia.
Akhir sekali sapu gam tepung dihujung-hujung bahagian kulit.
Goreng dengan api yang sederhana dan sentiasa dibalik-balikkan supaya warna nya sekata.
No comments:
Post a Comment