Sunday, 28 February 2021

Adik's Lahmacun (Turkish Piza)






Resepi by:@adikfoods, thanks you sis sedap dan rangup, bahan2 doh pun mudah dan senang nak uli, cuma guna kudrat tangan saja tak payah mesin. 
Recooked by:@kim_kimberly1509 
Bahan-bahan doh:
2 cawan tepung gandum / terigu
1 cawan air suam
1 1/2 sudu kecil garam
1 sudu kecil yis
1 sudu besar minyak zaitun

Cara membuat doh:
Masukkan tepung kedalam mangkuk besar. 
Tambahkan garam, yis dan minyak zaitun, kacau rata dengan tangan. 
Masukkan air sedikit demi sedikit, uli sehingga tepung tidak melekat ditangan. 
Bentukkan bulat, letak dimangkuk yang disapu dengan sedikit minyak, tutup dengan cling/kain. 
Rehatkan selama 45 minit. 
Lepas direhatkan, tumbuk untuk mengeluarkan angin dan uli sebentar. Bahagikan doh pada beberapa ketulan yang kecil. 
Bentukkan bulat dan canaikan leper dan nipis. 
Saya cucukkan sedikit dengan garpu atas permukaan doh sebelum disapu kan inti. 
Nota saya:jika doh terlembik Tambahkan tepung sedikit demi sedikit sehingga tak melekat ditangan. 

Bahan-bahan inti, dikisar:
1 biji bawang holland 
30g Italian parsley
3 ulas bawang putih 
2 biji tomato
3 biji cili hijau
1 biji capsicum merah, buang biji

400g daging kambing/lembu/ayam
2 sdb minyak zaitun 
1 sdk serbuk jintan manis
1 sdk serbuk paprika 
1 1/2 sdk garam
2 sdb tomato puri
1 sdk cili flakes atau hirisan cili padi
1 sdk serbuk lada sulah Ladaku

Cara memasak inti:
Panaskan minyak, tumis bawang putih. 
Tambahkan daging, kacau sebentar dan masukkan bahan-bahan kisar, kacau sebati. 
Masukkan jintan manis, paprika, garam dan tomato puri. 
Masak sehingga empuk dan kering air. 
Masukkan cili flakes dan serbuk lada, kacau sebati. 
Padamkan air dan sejukkan. 

Cara memasak:
Ambil doh yang sudah digelek leper, disapukan inti pada keseluruhan bahagian atas doh. 
Gunakan penggelek dan gulungkan, alih atas kuali non stick atau baking tray. 
Bakar pada suhu 200°C selama 5 ~ 7 minit. 
Saya panggang dikuali dapur gas, tutup kan kuali dan panggang sehingga masak dengan menggunakan api dapur yang kecil. 
Kalau api besar bahagian bawah akan hangit. 


Tuesday, 16 February 2021

Tauhu Pok Sumbat Salad



Resepi by:@kim_kimberly1509 

Bahan-bahan:
Tauhu pok, belah bahagian atas dan kukuskan

Sos Mayonis roasted sesame seeds

Bahan-bahan inti, digaul rata:
Kobis ungu hiris halus
Daun kunyit hiris halus
Telur Dadar hiris halus
Bawang goreng jika suka

Caranya:
Sejukkan tauhu pok selepas dikukus. 
Sapukan Mayonis roasted sesame seeds kedalam tauhu pok. 
Sumbatkan bahan-bahan inti. 
Letak dipinggan hidangan. 
Hidangkan dengan tambahan sos jika suka. 


Sotong Tumis Telur






Resepi by:@mheememhor 
Recooked by:@kim_kimberly1509, Asal bahan udang, saya gantikan dengan sotong
Bahan-bahan:
4 ekor sotong cuci bersih dan potong kecil
2 ulas bawang putih cincang halus
1/2 biji atau 1 biji saiz kecil bawang Holland, potong wedges
Daun ketumbar
1 tomato saiz kecil jika suka
2 biji cili padi merah potong kasar 

Bahan sos, dikacau sebati:
2 biji telur
1 sdb sos tiram
1 sdb cili pes Thai
1 sdb sos ikan, boleh kurang
1 sdb serbuk kari, saya skip

Caranya:
Rebuskan sotong yang dibersih dan dipotong. Rebus/celur sekejap saja dan air rebusan ketepikan. 
Panaskan 1 sdb minyak dikuali. 
Tumiskan bawang putih, masukkan bawang Holland, cili padi dan tomato (jika guna), kacau. 
Tolakkan ke tepi kuali bahan-bahan yang ditumis, tambahkan 1 sdb minyak, panaskan sebentar dan masukkan telur. 
Kacau telur lepas 2 ~ 3 minit. 
Masukkan sedikit air rebusan tadi, jangan terlalu banyak air. 
Kacau rata, jangan dimasak terlalu lama, nanti sotong akan menjadi liat. 
Taburkan daun ketumbar Selepas dipadamkan api dapur. 
Hidangkan dengan nasi putih. 



Monday, 15 February 2021

Miang Pla Pao





Resepi by:rasa.my via Cik Maryam Mahmood 
Recooked by:@kim_kimberly1509 
Bahan-bahan:
Ikan siakap / tilapia merah, cuci bersih, lumurkan dengan sedikit garam serbuk kunyit dan tepung jagung, saya gorengkan ikan. Ikan boleh dipanggang / digoreng / dikukus. 

Bahan-bahan sos:
15 biji cili padi hijau, guna 8 biji
3 ulas bawang putih
3 ~ 4 akar ketumbar 
2 sdb gula palm
Air masak anggaran
Daun ketumbar, racik atau ditumbuk/kisar sekali
1 1/2 sdb sos ikan
Seasonings 
3 sdb jus limau nipis, guna 3 biji

Bahan sampingan:
Timun
Laksa siam, mee hoon, suhun dicelur
Daun selasih
Daun pudina

Cara membuat sos:
Tumbuk lumat atau kisar dengan blender. Saya guna pengisar. 
Letak semua bahan sos kecuali daun ketumbar dan tumbuk/kisar. Saya kisar sekali daun ketumbar, kecuali jus limau. 
Air masak saya guna dalam 2 sdb. 
Rasa dulu, sos harus ada rasa pedas dan manis. 
Kacau sebati, masukkan daun ketumbar yang diracik jika tidak diblend, sebelum dibubuh dalam mangkuk hidangan. 

Hidangkan Miang Pla Pao bersama daun salad, timun, daun pudina, daun selasih. 
Laksa siam, mee hoon atau suhun yang dicelur.
Info:
Jika di Thailand, ikan dipanggang bersama garam sahaja. 
Ikan boleh diganti dengan sotong atau udang Bakar. 


Wednesday, 10 February 2021

Ikan Bilis Blackpeppers dan Telur Masin





Resepi by:@kim_kimberly1509 

Bahan-bahan :
Ikan bilis bilas dan gaul dengan jus limau,, goreng garing dan ketepikan
2 labu bawang merah besar hiris
1 ulas bawang putih cincang
1" halia hiris
1 biji cili padi hiris
Serbuk lada hitam kisar kasar
Serbuk lada sulah
Daun kari
Kicap manis atau gula perang
Serbuk telur masin
Seasonings
Garam 

Caranya:
Masukkan 3 sdb minyak dikuali, goreng ikan bilis sehingga garing, angkat dan sejukkan.
Atau tak perlu disejukkan, tolakkan ikan bilis ditepi kuali apabila sudah garing, tak perlu dikeluarkan dari kuali. 
Masukkan bawang besar, tumis sehingga layu dan karamel sedikit. 
Masukkan halia dan bawang putih, tumis sebentar. 
Masukkan cili padi dan daun kari, kacau sentiasa. 
Masukkan garam, seasonings dan semua serbuk lada. 
Kacau sehingga daun kari layu dan masukkan kicap manis. 
Kacau sehingga kering. 
Sebelum dipadamkan api, masukkan serbuk telur masin, kacau rata. 
Dah siap bolehlah dihidangkan dengan bubur atau nasi putih. 



Tuesday, 9 February 2021

Ayam Kukus Kurma Serai






Resepi by:@kim_kimberly1509 
Bahan-bahan:
Ayam dibersih dan potong kecil
3 biji kurma merah, cuci buang biji dan potong 2
Sedikit pickle lettuce dalam botol
3" halia hiris
1 ulas bawang putih diketuk
1 batang serai diketuk
1 biji cili padi merah dihiris
Mushrooms seasonings 
Garam
1/3 sdt minyak bijan
Serbuk lada sulah

Caranya:
Bersihkan ayam dan potong kecil. 
Sedia dan panaskan pengukus. 
Masukkan kesemua bahan diatas kedalam mangkuk, gaul sebati. 
Alihkan ke pinggan pengukus. 
Bila air mendidih, kukuskan ayam selama 20 ~ 25 minit atau sehingga masak. 
Hidangkan semasa masih panas bersama nasi putih.