Tuesday, 9 February 2021

Ayam Kukus Kurma Serai






Resepi by:@kim_kimberly1509 
Bahan-bahan:
Ayam dibersih dan potong kecil
3 biji kurma merah, cuci buang biji dan potong 2
Sedikit pickle lettuce dalam botol
3" halia hiris
1 ulas bawang putih diketuk
1 batang serai diketuk
1 biji cili padi merah dihiris
Mushrooms seasonings 
Garam
1/3 sdt minyak bijan
Serbuk lada sulah

Caranya:
Bersihkan ayam dan potong kecil. 
Sedia dan panaskan pengukus. 
Masukkan kesemua bahan diatas kedalam mangkuk, gaul sebati. 
Alihkan ke pinggan pengukus. 
Bila air mendidih, kukuskan ayam selama 20 ~ 25 minit atau sehingga masak. 
Hidangkan semasa masih panas bersama nasi putih. 


No comments:

Post a Comment