Monday, 15 February 2021

Miang Pla Pao





Resepi by:rasa.my via Cik Maryam Mahmood 
Recooked by:@kim_kimberly1509 
Bahan-bahan:
Ikan siakap / tilapia merah, cuci bersih, lumurkan dengan sedikit garam serbuk kunyit dan tepung jagung, saya gorengkan ikan. Ikan boleh dipanggang / digoreng / dikukus. 

Bahan-bahan sos:
15 biji cili padi hijau, guna 8 biji
3 ulas bawang putih
3 ~ 4 akar ketumbar 
2 sdb gula palm
Air masak anggaran
Daun ketumbar, racik atau ditumbuk/kisar sekali
1 1/2 sdb sos ikan
Seasonings 
3 sdb jus limau nipis, guna 3 biji

Bahan sampingan:
Timun
Laksa siam, mee hoon, suhun dicelur
Daun selasih
Daun pudina

Cara membuat sos:
Tumbuk lumat atau kisar dengan blender. Saya guna pengisar. 
Letak semua bahan sos kecuali daun ketumbar dan tumbuk/kisar. Saya kisar sekali daun ketumbar, kecuali jus limau. 
Air masak saya guna dalam 2 sdb. 
Rasa dulu, sos harus ada rasa pedas dan manis. 
Kacau sebati, masukkan daun ketumbar yang diracik jika tidak diblend, sebelum dibubuh dalam mangkuk hidangan. 

Hidangkan Miang Pla Pao bersama daun salad, timun, daun pudina, daun selasih. 
Laksa siam, mee hoon atau suhun yang dicelur.
Info:
Jika di Thailand, ikan dipanggang bersama garam sahaja. 
Ikan boleh diganti dengan sotong atau udang Bakar. 


No comments:

Post a Comment