Resepi by:@mheememhor
Recooked by:@kim_kimberly1509, Asal bahan udang, saya gantikan dengan sotong
Bahan-bahan:
4 ekor sotong cuci bersih dan potong kecil
2 ulas bawang putih cincang halus
1/2 biji atau 1 biji saiz kecil bawang Holland, potong wedges
Daun ketumbar
1 tomato saiz kecil jika suka
2 biji cili padi merah potong kasar
Bahan sos, dikacau sebati:
2 biji telur
1 sdb sos tiram
1 sdb cili pes Thai
1 sdb sos ikan, boleh kurang
1 sdb serbuk kari, saya skip
Caranya:
Rebuskan sotong yang dibersih dan dipotong. Rebus/celur sekejap saja dan air rebusan ketepikan.
Panaskan 1 sdb minyak dikuali.
Tumiskan bawang putih, masukkan bawang Holland, cili padi dan tomato (jika guna), kacau.
Tolakkan ke tepi kuali bahan-bahan yang ditumis, tambahkan 1 sdb minyak, panaskan sebentar dan masukkan telur.
Kacau telur lepas 2 ~ 3 minit.
Masukkan sedikit air rebusan tadi, jangan terlalu banyak air.
Kacau rata, jangan dimasak terlalu lama, nanti sotong akan menjadi liat.
Taburkan daun ketumbar Selepas dipadamkan api dapur.
Hidangkan dengan nasi putih.
No comments:
Post a Comment