Monday, 9 December 2019

Bebola Ikan Tom Yum




Bahan-bahan:
Pes ikan segera
Lobak merah dipotong panjang
Pes Tom Yum
Jus limau nipis
Air secukupnya
Minyak menumis
Daun ketumbar, jika suka untuk ditabur

Bahan-bahan tumbuk dan menumis:-
Akar ketumbar
Cili padi merah
Bawang putih
Serai diketuk dan hiris panjang

Caranya:-
Masukkan secukup air diperiuk dan didihkan.
Ambil pes ikan dan bentukkan menjadi bebola, cucukkan dengan lobak merah dibahagian tengah.
Gunakan sudu dan masukkan bebola kedalam air yang mendidih.
Bila sudah timbul di permukaan air, senduk keluar dan masukkan kedalam air yang sejuk.
Buat hingga habis.  Semasa menumis bahan-bahan rempah, ambil bebola dan toskan air, ketepikan.
Masukkan sedikit minyak dikuali, tumiskan bahan-bahan rempah bersama serai sehingga wangi dan cili masak.
Masukkan pes Tom Yum dan jus limau nipis, kacau sebati.
Masukkan air sedikit, kacau sehingga mendidih.
Masukkan bebola ikan dan gaul sebati.
Rasa dulu baru dipadamkan api dapur.
Jika suka berkuah boleh dimasukkan air lebih, saya masak dengan cara kering.







Monday, 2 December 2019

Hot Sizzling Japanese Beancurd With Peanuts





Recipe sourced: Amy Beh via Kuali
Ingredients:-
2 rolls Japanese egg beancurd
3 tbsps cornflour
1/2 tsp pepper
50g minced chicken fillet
50g shelled prawns, diced ~ omitted
3 dried Chinese mushrooms, soaked and diced
1/2 tsp salt
1/2 tsp sugar ~ omitted
1 tbsps Shao Hsing Hua Tiau wine (optional)~omitted
1 tbsp oil
1 tbsp sesame oil
1 tsp chopped garlic
70g braised canned peanuts
1 tbsp chopped chili
1 tbsp chopped spring onion & coriander

Sauce ingredients:-
1 tbsp oyster sauce
1/4 tsp pepper
1/2 tsp sugar~replaced Maggi seasonings
125ml chicken stock~water
1tsp corn flour

Method:-
Combine cornflour and pepper.
Cut beancurd into thick slices, dust with combined mixture.
Deep fry beancurd pieces in hot oil until golden brown.
Drain from oil and set aside.
Marinate chicken, mushrooms and prawns with salt, sugar and wine, if using for at least 20 minutes.
Heat oil and sesame oil in a wok and fry chopped garlic until fragrant.
Add marinated ingredients and stir fry till fragrant.
Add combined sauce ingredients and braised peanuts and pre-fried beancurd.
Place a hot plate over high heat and add 1 tsp sesame oil.
Pour the cooked ingredients into the hot plate.
Sprinkle in chili, spring onion and coriander.

Sunday, 1 December 2019

Honey Butter Chicken





Sumber resipi: Majalah Rasa
Bahan-bahan:
800gm bahagian kepak dan peha
Secubit garam
1 sdt lada hitam
2 biji telur
1 cawan tepung ubi
1 sdt serbuk penaik
1/4 cawan kacang masin ~ tak letak
Minyak menggoreng

Bahan-bahan sos:
6 sdb mentega
6 sdb honey
5 ulas bawang putih, ditumbuk halus
1/2 cawan gula perang
3 sdb kicap cair
2 sdb serbuk cili

Caranya:-
Gaulkan ayam bersama lada hitam dan garam.
Kemudiah pecahkan telur dan masukkan tepung ubi serta serbuk penaik.
Gaul dengan ayam sehingga rata.
Panaskan minyak dengan api sederhana dan goreng ayam sehingga masak.
Terbalikkkan ayam setiap 5 minit. Angkat dan toskan.
Panaskan kuali lain dan masukkan mentega dan bawang putih, kacau sehingga bawang putih garing.
Masukkan kicap cair, madu dan gula perang.
Kacau sehingga menggelegak.
Tutup api, masukkan ayam dan kacang masin goreng.
Kacau sebati sehingga sos menyaluti ayam dengan rata.
Angkat dan taburkan bijan dan serbuk cili.

Nota: cara saya memasak; kesemua bahan sos disatukan, selepas menumis bawang putih dengan mentega sehingga garing, masukkan bahan-bahan sos, kacau sehingga serbuk cili masak.
Padamkan api dan gaul dengan ayam.  Hidangkan dengan taburan bijan.
Jangan dimasak sos terlalu lama, nanti sos menjadi pekat sangat dan susah nak menyaluti ayam.
Cukup sekadar menghilangkan bau mentah serbuk cili.




Ikan Siakap Goreng Asam Jawa & Sos Asam Kicap







Bahan-bahan:
Ikan siakap, lumurkan dengan garam dan asam jawa dan perapkan selama +/-30~1 jam
Minyak menggoreng

Bahan-bahan rempah digoreng garing:
Halia dihiris
Bawang putih dihiris
Serai diketuk dan dihiris
Cili pada
Daun limau purut

Bahan-bahan sos, digaul sebati:
Air asam jawa
Air perahan limau
Kicap cair
Kicap pekat
Kicap manis
Gula palm
Garam jika perlu, saya tak letak

Caranya:-
Panaskan minyak dikuali.
Masukkan ikan dan goreng ikan sehingga masak, angkat dan ketepikan.
Gunakan minyak menggoreng ikan tadi, masukkan sedikit sahaja dikuali.
Masukkan bahan-bahan sos dan biarkan mendidih.
Masukkan sedikit halia dan bawang putih yang digoreng garing, kacaukan.
Kacau sehingga sos menjadi pekat dan padamkan api.
Tuangkan pada ikan.
Taburkan bahan-bahan rempah yang telah digoreng.
Hidangkan bersama nasi putih.




Monday, 25 November 2019

Enoki Goreng Seaweed






Sumber resipi: @kualihelena, kalau nak cara lebih detail pergi ke ig @kualihelena
Bahan-bahan:-
Enoki
Seaweed
Tepung bestari, guna tepung tempura
Minyak menggoreng
Telur dikocok

Caranya:
Ambil sedikit enoki, balutkan dengan seadweed, gamkan dengan telur.
Panaskan minyak dikuali.
Ambil enoki yang telah dibalut celupkan pada telur dan gaulkan pada tepung Bestari.
Lakukan cara yang sama sebanyak 2kali, sebelum dimasukkan kedalam minyak yang panas.
Goreng sehingga kecoklatan, angkat dan toskan minyak.

Bayam Cah Tauhu Kering




Bahan-bahan:
Bayam
Bawang putih dicincang
Tauhu kering rendam sebentar dan hiriskan
Cili merah dihiris
Maggi seasonings
Garam secukupnya
Air

Tauhu Kering Telur Masin






Bahan-bahan:
Tauhu kering
Minyak menggoreng
Daun kari
Cili padi
Bawang putih dicincang halus
Serbuk telur masin Bestari
Margarine

Bahan-bahan salutan:-
Telur dikocok
Tepung beras

Caranya:
Panaskan minyak dikuali.
Goreng tauhu kering yang telah disalutkan dengan telur dan tepung beras.
Goreng sehingga keemasan, angkat dan toskan minyak, ketepikan.
Masukkan margerin sedikit kedalam kuali, tumiskan bawang putih, daun kari dan cili padi.
Masukkan telur masin kacau sehingga sebati.
Padamkan api dan masukkan tauhu kering, pecahkan sedikit.
Gaul sehingga sebati.
Angkat dan hidangkan.