Thursday, 14 January 2021

Spaghetti Aglio Olio





Resepi by:Cik Nafsiah Rahim via rasa.my 

Recooked by@kim_kimberly1509
Bahan-bahan:
1 paket spaghetti 
10 ~ 15 ekor udang
5 ~ 6 ekor sotong
2 batang sosej 
1 sdb cili flakes 
1 sdb lada hitam kasar
3 sdb serbuk Oregano, guna daun kering oregano, boleh dikisar
5 biji cili kering, potong 
1 kiub pati ayam
2 keping cheese, guna cheesedale
Tomato ceri, guna tomato besar
Lada Benggala, guna cili merah segar

Caranya:
Mulakan dengan merebus spaghetti, masukkan 1 sdb minyak zaitun kedalam air rebusan. 
Rebus selama 5 ~ 7 minit dan tapiskan air. Simpan sedikit air rebusan untuk diguna kemudian. 
Dalam kuali yang lain, masukkan minyak zaitun dan tumiskan bawang putih sehingga naik bau. 
Masukkan cili kering potong. 
Kemudian masukkan udang, sotong dan sosej. 
Masak selama 1 minit dan masukkan sedikit air rebusan spaghetti. 
Seterusnya masukkan cili flakes, lada hitam, oregano, cheese dan kuib ayam, masak seketika. 
Masukkan pula spaghetti, tomato dan lada benggala, gaul sehingga rata. 
Hidangkan panas-panas. 




Monday, 11 January 2021

Pad Thai Kanokwan






Bahan-bahan:
1 paket kecil kue teow
1 keping tauhu potong kecil, goreng sedikit kekuningan
Taugeh
Daun kuchai
2 biji telur
2 keping fishkek, hiris, boleh guna udang, sebab saya tak suka udang tak dimasukkan, boleh juga dimasukkan isi ayam, sotong
1 paket sos Pad Thai jenama Kanokwan

Caranya:
Masukkan 2 ~ 3 sdb minyak dan panaskan. 
Masukkan fishkek, kacau sebentar, masukkan pula tauhu yang sudah digoreng, kacau perlahan. 
Tolakkan ketepi bahan-bahan ini ditepi kuali. 
Pecahkan telur satu persatu, pastikan api kecil, biarkan telur seketika sehingga masak, barulah digaulkan kesemua bahan. 
Masukkan kue teow dan pes Pad Thai, besarkan api, gaul sebati sehingga rata. 
Sebelum dipadamkan api, masukkan
tauge dan daun kuchai, masakkan sekejap saja. 
Hidangkan panas-panas. 

Tip: tak perlu garam dan perisa cukup segala bahan.  Kalau kue teow bungkus an besar pastikan diganda pes Pad Thai. 

Tempe, Tauhu & Ikan Bilis Tumis Sos Pedas Korea





Resepi by:@kim_kimberly1509 
Bahan-bahan:
1 keping tauhu potong memanjang
1 bungkus tempe potong memanjang
Sedikit ikan bilis, bilaskan
1 paket kecil sos pedas Korea
Minyak menggoreng
Sedikit bijan putih
Sedikit hirisan daun bawang

Caranya:
Panaskan minyak, gorengkan tempe dulu sehingga masak, tak perlu garing sangat. 
Bila dah kekuningan, angkat dan toskan minyak. 
Minyak tadi, goreng pula tauhu sehingga sedikit kekuningan, angkat dan toskan minyak. 
Kalau ada minyak sedikit yang lebih tadi bolehlah menggoreng ikan bilis, kalau tak ada pun tak, goreng ikan bi's tanpa minyak sehingga ikan kering. 
Kemudian masukkan tempe dan Tauhu, kacau rata. 
Kecilkan api, masukkan sos pedas Korea dan gaul sehingga sebati. 
Masukkan bijan putih, gaul rata. 
Padamkan api dan tabur hirisan daun bawang. 
Hidang dengan nasi putih atau pulut tak mengecewakan hidangan ini. 
Tip: tak perlu ditambah garam dan perisa bagi saya dah cukup, tapi terpulang pada tekak masing-masing. 



Tuesday, 5 January 2021

Salad Balsamic Vinegar





Resepi by:@kim_kimberly1509 

Bahan-bahan:
Sengkuang*
Timun*
Lobak merah* bertanda * dipotong panjang seperti mancis
Daun selasih / daun pudina

Bahan-bahan sos:
2 sdb cuka balsamic 
2 sdb jus lemon
1 sdb madu ikut kemanisan masing-masing 
Secubit garam
Sedikit lada hitam kisar

Caranya:
Bila nak makan, baru digaulkan kesemua bahan sos. 
Kemudian baru digaul sos dengan sayuran sehingga rata.
Hidangkan segera supaya tidak berair. 

Kuih Dadar Gulung / Ketayap





Resepi by:@adikfoods

Recooked by:@kim_kimberly1509
Bahan-bahan inti:
2 cawan gula melaka parut
1/4 cawan gula pasir
2 cawan air
1 paket kelapa kering Sejati S&P, guna kelapa segar
1 kotak / 200ml santan S&P pandan
1 sdb tepung gandum
1 sdk garam

Cara memasak inti:
Masukkan gula melaka, air, gula pasir, kelapa kering, santan, tepung dan garam kedalam kuali. 
Kacau sehingga inti kelapa sebati dan pekat. 
Tutup api dan sejukkan inti. 

Bahan-bahan kulit:
2 cawan air / air daun pandan, guna 8 helai daun pandan
1 biji telur
2 sdb minyak masak
1 kotak / 200ml santan S&P 
2 cawan tepung gandum 
1 sdk garam
Pewarna hijau, guna air pandan

Cara memasak kulit:
Masukkan air dan daun pandan kedalam blender, blend kan sehingga halus. 
Tapiskan beberapa kali dan buangkan hampasnya. 
Sukatkan semula air daun pandan sebanyak 2 cawan. 
Masukkan kedalam blender, diikuti dengan telur, minyak masak, santan, tepung dan garam. 
Blend kesemua bahan sehingga halus. 

Jika nak membuat 2 warna keluarkan sedikit adunan putih.

Cara mendadar kulit:
Sediakan kuali non stick, sapukan sedikit minyak dan panaskan kuali. 
Tidak perlu disapu minyak banyak kali dikuali. 
Masukkan adunan putih kedalam botol. 
Mula corakkan adunan putih di kuali. 
Kemudian masukkan 1 sudu adunan hijau dan tuang atas adunan putih, dadarkan. 
Bila sudah tak melekit di atas permukaan bolehlah diangkat dan ketepikan. 
Masukkan inti dalam 1 sdb, letak ditengah, lipat kan kedua belah tepi bahagian. 
Gulungkan dengan kemas. 
Hidangkan. 









Sambal Gepuk






















Resepi by:@kualihelena, pedas terangkat dan sedap, thanks sis
Recooked by@kim_kimberly1509 
Bahan-bahan:
30 biji cili hijau
3 ~ 10 biji cili padi
3 ulas bawang putih
1 sdm kacang tanah goreng, saya tak letak
1/2 sdm minyak bijan
Gula
Garam
Mushrooms seasonings / perisa
Minyak panas

Caranya:
Tumbuk cili, bawang putih dan kacang sehingga halus. 
Masukkan gula, garam dan mushrooms seasonings. 
Masukkan minyak bijan. 
Masukkan minyak panas berasap dan gaul rata. 
Boleh dihidang bersama ayam ungkep. 
Nota: sukatan cili boleh disesuaikan dengan kepedasan masing-masing. 

Monday, 4 January 2021

Crab Rangoon





Resepi by:@kim_kimberly1509
Bahan-bahan:
Kulit wanton
Air untuk sapuan
Minyak menggoreng

Bahan-bahan inti, gaul sebati:
Cream cheese suhu bilik
Setengak paket crab sticks dipotong kecil
Sedikit daun kuchai/daun chai dihiris
2 ulas bawang putih dicincang halus
Mushrooms seasonings 
Garam jika perlu, saya tak letak sebab dah cukup rasa

Caranya:
Ambil sekeping kulit wantan, letak 1 sdb inti ditengah kulit wantan. 
Tutup dengan kemas dengan sapukan sedikit air disekeliling, pastikan tidak berlubang.
Kalau berlubang inti akan terkeluar bila menggoreng. 
Panaskan minyak. 
Masukkan crab Rangoon dan goreng sehingga kekuningan dengan api sederhana. 
Angkat dan toskan minyak. 
Hidang semasa masih panas dengan sos cili.