Sumber resipi dari: Hanamemories
Bahan-bahan:
2 tin tuna - toskan air/minyak *
1/4 biji bawang besar holland - potong dadu kecil *
2 sudu besar mayonis *
Lada kecil / besar - dihiris halus (optional) *
Jus lemon / kasturi (optional) *
Sedikit hirisan daun sup *
Sedikit lada sulah *
(Bahan-bahan yang bertanda * tidak perlu diletak garam)
Ready made Pastry puff secukupnya
Bahan sapuan dan sebagai gam: Kuning telur
Topping : Blackpepper
Caranya:
Satukan semua bahan yang bertanda * sebati. Jika agak berair, toskan air tersebut supaya puff tidak basah ketika/selepas dibakar. Ketepikan.
Sementara itu, panaskan oven suhu 200C.
Ambil pastri, potong dua (bergantung size pastri, sekeping potong 4 sama size, kalau kecil potong 2 saja).
Ambil satu bahagian kemudian kelar menyerong. Satu bahagian lagi isikan inti dan sapu telur kuning sekeliling.
Ambil satu bahagian yang sudah dikelar tadi dan cantumkan.
Tekan sedikit agak melekat. Kemudian gunakan garfu dan tekan keliling.
Susun ke atas loyang dan sapukan kuning telur.
Kemudian taburkan blackpepper.
Bakar guan suhu tinggi dan masak hingga permukaan puff keperangan@keemasan.
Bakar selama 20 minit suhu 200C (bergantung oven masing-masing).
Pembakaran kedua turunkan suhu sedikit/kurangkan masa pembakaran sebab oven dah panas nanti hangus.
Sejukkan di atas redai.
Enak dimakan begitu sahaja atau dengan sos pilihan.