Monday, 14 April 2014

Kek Coklat Tanpa Telur (Super Moist)


































Kek ku retak seribu...., walaupun retak tetapi sedap dan lembut, jangan di bakar melebihi masa, inilah kejadian nya.
Resipi : Dayang Jack.blogspot, seperti kata Puan Empunya resipi yang amat mudah tak memerlukan mixer atau hand whisk, cuma perlu digaul sebati dengan senduk kayu atau spatula.  Kek yang sihat bagi yang nak menjaga kolesterol, memang super lembab.  Terima Kasih Puan Dayang Jack dan Puan Rosmarlina@Jintanmanis.com 

Bahan-bahan:
1 cawan tepung gandum
1 sudu teh baking powder
1/2 sudu teh soda bikarbonat
1/2 cawan serbuk koko (seperti Ros guna pure cocoa marinaga, tetapi tak sampai 1/2 cawan cawan, kerana pure cocoa akan memberi rasa yang pahit, Kim jugak tambahkan tepung gandum sedikit supaya jumlahnya 1/2 cawan juga)
2 sudu besar susu tepung
1 1/4 cawan air sejuk dari peti ais
1 cawan gula perang, Ros guna 3/4 cawan gula biasa (Kim guna 1/4 cawan gula perang)
1 sudu teh esen vanilla - Kim tak guna, gantikan dengan coffee oil
1/2 sudu kecil coffee emulco atau chocolate emulco, Ros guna krim sapuan coklat pada roti, Kim tak guna
secubit garam
1/2 cawan minyak masak sayuran atau minyak jagung
1 sudu teh cuka atau jus lemon, Ros ganti dengan cuka sushi, Kim ganti dengan cider apple vinegar 

Untuk topping: Guna Coklat bar meiji black, guna kaedah double boiler, masukkan sedikit susu segar dan 1 sudu teh madu, biarkan cair dan toppingkan atas kek coklat, taburkan juga sparkling dan coklat urai sebagai hiasan

Caranya:
Panaskan oven pada suhu 160C.  Sediakan loyang kek.  Griskan dengan mentega.  Jika ingin menggunakan muffin cup pun boleh juga.
Ayakkan tepung bersama baking powder, soda bikarbonat dan serbuk kok di dalam bekar besar. Masukkan tepung susu, garam dan gula perang.  Kemudian dikacau rata-rata.
Masukkan air sejuk, minyak masak, esen vanilla dan coffe emulco/chocolate emulco.  Kacau perlahan-lahan dengan whisk.  Pastikan adunan tidak berketul.
Akhir sekali masukkan cuka atau jus lemon.  Terus dikacau serta merta sehingga sebati.
Tuangkan adunan ke dalam loyang dan bakar selama 30-40 minit atau sehingga masak.

No comments:

Post a Comment