Bahan-bahan:
6 ketul isi ayam yang telah dipotong kecil, bersih dan cincangkan
1 1/2 biji ubi kentang dipotong dan gorengkan sehingga masak, toskan minyak*(*ditumbuk hingga lumat)
1/2 genggam kacang dhal, dibersih, rendamkan dalam 1 jam, rebush sehingga empuk, toskan & ketepikan *
Daun bawang dihiris
Bawang besar dihiris halus
Bawang putih dihiris
Halia sedikit dihiris
Garam secukupnya
Pati ayam sedikit
Minyak untuk menggoreng secukupnya
Bahan salutan:
1 biji telur dan secuit garam dipukul kembang
Caranya:
Masukkan sedikit minyak dikuali dan gorengkan ubi kentang yang telah dipotong, Setelah empuk angkat dan toskan minyak.
Masakkan kacang dhal sehingga empuk, toskany airnya.
Tumbukkan ubi kentang dan kacang dhal sehingga lumat, ketepikan.
Pada kuali yang sama, guna minyak lebihan dari menggoreng ubi kentang tadi, sedikit saja tinggalkan dikuali.
Panaskan minyak, masukkan halia goreng sehingga garing. Masukkan bawang besar dan bawang putih tumis sehingga wangi dan masukkan ayam.
Gorengkan balikkan ayam sebentar, masukkan pati ayam dan sedikit garam kacau rata, setelah ayam masak, masukkan hirisan daun bawang, matikan api.
Campurkan ayam dan ubi kentang yang telah ditumbuk tadi, gaul sehingga rata. Kepalkan menjadi bentuk yang bulat, buat hingga habis dan ketepikan.
Panaskan minyak yang secukupnya untuk menggoreng pengedil.
Ambil sebiji pengedil gaulkan pada telur yang telah dipukul tadi dan masukkan dalam minyak yang telah panas. Goreng dalam 5 biji jangan dimasukkan sekali semua. Jangan dibalik-balikkan cukup sekali balik saja. Nanti hancur pengedil jikalau dibalikkan selalu.
Goreng sehingga kekuningan, angkat dan hidangkan bersama sos cili atau raita timun