Resipi: Kak As / Sumber : Izah Muffin Lover
Bahan-bahan:
2 cawan sagu - basuh dan toskan
4 cawan air
1 cawan gula, Kim kurangkan kurang sikit dari 1 cawan
2 sudu besar tepung jagung bancuh bersama sedikit air
Kelapa parut putih + sedikit garam, gaul rata dan kukuskan sebentar
Caranya:
Didihkan air bersama gula, masukkan pewarna.
Apabila mendidih masukkan sagu.
Kacau sehingga biji sagu menjadi jernih.
Masukkan bancuhan tepung jagung.
Angkat, tuangkan dalam acuan yang telah digris dengan sedikit minyak atau boleh dilapikkan dengan plastik cling.
Setelah sejuk bolehlah dipotong dan digaul dengan kelapa.
No comments:
Post a Comment