Sunday, 13 July 2014
Ikan Tamban Goreng Tom Yam
Resipi: Saji Ogos 2014 Normah Idin, sedikit olahan dari Kim
Bahan-Bahan:
Ikan tamban, cuci dan rendamkan sebentar, perah air limau kasturi/nipis, goreng hingga garing dan ketepikan
Ubi Kentang dipotong dan goreng sehingga masak, ketepikan
Cili kering kisar
Cili padi ditumbuk
Bawang putih *
Bawang merah * *ditumbuk bersama
Pes tomyam
Daun limau purut
Sedikit gula perang
Sedikit garam secukup rasa
Minyak untuk menggoreng dan menumis rempah
Caranya:
Goreng ikan tamban sehingga garing dan ketepikan. Goreng ubi kentang sehingga masak dan ketepikan.
Kurangkan minyak dan tumis cili kisar, cili tumbuk sehingga garing.
Masukkan bawang tumbuk, pes tomyam dan daun limau purut.
Setelah sebati masukkan garam dan gula secukupnya. Tutup api.
Tunggu sehingga sejuk barulah dicampurkan dengan ikan tamban supaya sentiasa garing dan rangup.
Subscribe to:
Post Comments (Atom)
No comments:
Post a Comment