Tuesday, 26 January 2016
Masala Kacang Kuda
Bahan-bahan:
Kacang kuda siap direbus dalam tin, toskan air sehingga kering
Daun kari
Cili kering dipotong kecil
Biji sawi
Biji jintan putih
Serbuk kunyit sedikit
Bawang merah besar dihiris
Bawang putih dihiris
Halia dihiris
Sedikit minyak untuk menumis
Garam secukup
Gula jika suka
Caranya:
Panaskan minyak di kuali.
Tumiskan biji sawi, jintan putih, cili kering dan daun kari.
Masukkan bawang besar dan tumis sehingga layu.
Masukkan bawang putih dan halia, kacau sebati dan masukkan serbuk kunyit.
Tumis sehingga sebati dan harum, masukkan sedikit air, kacau rata.
Masukkan kacang kuda dan garam, gula secukupnya, kacau sebati.
Angkat dan hidangkan.
Monday, 25 January 2016
Chocolate Chips Cookies
Recipe: Yvonne Rozario via sourced: www.taste.com.au
Ingredients:
125g butter, at room temperature
200g (1 cup, firmly packed) soft brown sugar Kim ~ 90gm
2 eggs Kim 1 egg
300g plain flour
1 teaspoon baking powder
200g dark or milk choc bits
Method:
Pre-heat oven to 180C Kim ~ 160C.
Beat butter and brown sugar using electric beaters until well combined.
Add the egss and beat well after each addition.
Sift together plain flour and baking powder and mix into the butter mixture. Stir in choc bits.
Roll large spoonfuls of mixture into balls and place about 15cm apart on oven tray lined with non-stick baking paper. Flatten the balls to about 7cm in diameter and 5- 8mm thick.
Bake in the preheated oven for 20 ~ 25 minutes or until golden brown and cooked through.
Remove from oven and cool on tray. Store in an airtight containers.
Biskut Semperit Terbaik dan Paling Sedap
Resipi: Dari Dapur Amatur / Sumber: Yus Nila, sajiankasih.blogspot.my, terima kasih saya suka, resepi ini yang terbaik Puan kongsikan
Bahan-bahan:
250g buttercup
50g gula castor Kim ~ 20g gula icing
120g susu pekat manis
400g tepung jagung
30g tepung custard
1 sudu teh esen vanila / Kim ~ stok habis tak letak, bubuh setitis pewarna kuning
Caranya:-
Masukkan butter dan gula ke dalam mangkuk mixer. Pukul sebati.
Masukkan susu dan esen vanilla. Pukul sebati.
Ayak tepung jagung bersama tepung kastard dan masukkan ke dalam adunan.
Gaul dengan tangan hingga jadi doh. Doh ini Sangat Lembut ya... kalau doh yang terhasil keras, maknanya sampai di sini pun step dah tak betul. Pastikan sukatan betul.
Bahagikan doh kepada 2 bahagian. Biar 1 bahagian dengan warna asal.
Letakkan warna kesukaan dalam 1 bahagian lagi.. sentiasa tutup doh dengan kain lembab supaya doh tak keras.
Bolehlah di tekan atas dulang yang telah digris atau lapik dengan kertas minyak.
Bakar suhu 160C selama 15-20 minit (Kim ~ 30 minit) ikut kesesuaian oven masing-masing.
Guna api atas dan bawah semasa membakar.
Tips dan soalan yang biasa ditanya
Soalan: Kenapa pakai buttercup, Apa lagi jenis mentega yang boleh diguna. Boleh tak pakai margerine biasa?
Jawapan: Boleh pakai Anchor untuk rasa yang lebih sedap. Kalau untuk jual biasanya pakai buttercup masih sedap. Jangan pakai margerine biasa, nanti rasa lari.
Tip: Bila keluarkan butter dari peti ais, rehatkan di luar sekejap supaya butter lembut sikit (tapi masih dalam suhu bilik) kemudian bolelah digunakan.
Soalan: Dalam resepi tak pakai telur, kenapa?
Jawapan: Reseipi ini memang tak pakai telur sebab telur akan menyebabkan kuih semperit jadi sangat gebu dan lerai. Semperit kita akan mengembang dan terpenyek bila dibakar dan hilanglah kelopak bunganya.
Soalan: Tak payah letak tepung gandum ke? Resipi lain guna tepung gandum.
Jawapan: Dalam resepi ini juga TAK PAKAI TEPUNG GANDUM. Kenapa? Dah memang resepinya begitu.
Tip: Tepung gandum akan buatkan semperit keras bila sejuk dan rasanya macam tepung jer.
Soalan: Susahnya nak tekan semperit. Nak patah jari rasanya, nak buat macam mana ye?
Jawapan: Sebaik saja doh siap diadun, SEGERA tekan guna acuan ketika doh masih lembut.
Tip: Senantiasa tutup doh supaya tidak keras. Adunan mudah mengeras kalau terdedah pada angin.
Kalau doh keras dan susah nak tekan, boleh masukkan 1 - 2 sudu susu full cream (susu kotak) dan uli sebati.
Soalan: Kenapa semperit saya menjadi kembang, kelopak jatuh, terpenyek bunganya bila dah bakar?
Jawapan: Rehatkan dulu semperit yang dah ditekan, jangan terus dibakar. Saya akan biarkan bawah kipas untuk 1/2 jam hingga 1 jam sebelum dibakar....biar direhatkan lama-lama pun tak apa lagi lama semperit kita terdedah pada angin, ia kan jadi lebih keras dan kelopak bunga semperit kita nanti akan lebih "teguh"...tak adalah kelopaknya terpenyek bila dibakar. Tapi jangan risau... bila dah dibakar nanti, semperit kita akan jadi rangup, gebu dan cair dalam mulut. Kalau nak semperit kita cantik, kenalah maintain saiz sentiasa....
Soalan: Dah ikut tip di atas tapi semperit saya tetap kembang lepas dibakar, Macam mana ye?
Jawapan: Kalau setakat kembang sikit tu biasalah sis.. Saya buat pun kembang gak sikit.
Tapi mungkin juga ada masalah dengan suhu masa pembakaran. Cuba fahami kerenah oven masing-masing. Kalau sebelum ini sis pakai suhu 160 tapi semperit masih kembang, cuba kurangkan ke 150 dan tambah masa membakar lagi 5 minit.
Kalau sebelum ini sis menggunakan rak yang bawah, kali ini cuba gunakan rak tengah oven tu.
Jawapan: Rehatkan dulu semperit yang dah ditekan, jangan terus dibakar. Saya akan biarkan bawah kipas untuk 1/2 jam hingga 1 jam sebelum dibakar....biar direhatkan lama-lama pun tak apa lagi lama semperit kita terdedah pada angin, ia kan jadi lebih keras dan kelopak bunga semperit kita nanti akan lebih "teguh"...tak adalah kelopaknya terpenyek bila dibakar. Tapi jangan risau... bila dah dibakar nanti, semperit kita akan jadi rangup, gebu dan cair dalam mulut. Kalau nak semperit kita cantik, kenalah maintain saiz sentiasa....
Soalan: Dah ikut tip di atas tapi semperit saya tetap kembang lepas dibakar, Macam mana ye?
Jawapan: Kalau setakat kembang sikit tu biasalah sis.. Saya buat pun kembang gak sikit.
Tapi mungkin juga ada masalah dengan suhu masa pembakaran. Cuba fahami kerenah oven masing-masing. Kalau sebelum ini sis pakai suhu 160 tapi semperit masih kembang, cuba kurangkan ke 150 dan tambah masa membakar lagi 5 minit.
Kalau sebelum ini sis menggunakan rak yang bawah, kali ini cuba gunakan rak tengah oven tu.
Vietnamese Fried Chicken Wings
Recipe sourced: yummylittlecooks.com via My Favourite Chicken Wings Book
Ingredients:
6 nos chicken wings
10 bird's eye chillies / cili padi ~ chopped
1 sprig curry leaf
1 lemongrass ~ chopped ~ Kim sliced
2 pcs garlic ~ chopped
Marinade:
1/2 tbsp oyster sauce
1/2 tbsp light soy sauce
1 tsp sugar Kim omitted, used Honey Teriyaki & Soy
1 egg Kim omitted
3 tbsp tapioca flour / corn flour
Seasoning:
1/2 tbsp oyster sauce
1/2 tbsp light soy sauce ~ used Honey Teriyaki & Soy
1/2 tbsp fish sauce Kim omitted
1 tbsp bottle curry powder Kim Baba's curry powder
1 tbsp chilli sauce
1 tbsp sugar Kim omitted
80ml water
Method:
Marinade the chicken wings for about 1/2 hour.
Deep fry the marinated chicken wings into hot oil until golden brown, remove and drain.
Leave about 2 tbsp hot oil in the wok.
Saute chopped bird's eye chillies, garlic, curry leaves and lemongrass till fragrant.
Add in seasoning and bring to a boil.
Add in fried chicken wings, stirring constantly at high heat until well combined and the sauce has thickened.
Dish up and serve.
Tuesday, 19 January 2016
Ayam Daun Kari Berserai
Bahan-bahan:
Ayam dipotong kecil
Bawang besar dihiris
Daun Kari
Serai diketuk
Tomato
Pes halia dan bawang putih
Garam secukupnya
Minyak untuk menumis
Sedikit air
Bahan-bahan rempah:
Serbuk cili
Serbuk ketumbar
Serbuk jintan
Caranya:
Masukkan sedikit minyak dikuali, tumiskan bawang besar, daun kari dan serai sehingga layu.
Masukkan tomato dan kacau sebentar.
Masukkan pes halia dan bawang putih, serbuk cili, serbuk ketumbar dan serbuk jintan.
Kacau sehingga sebati dengan menggunakan api yang kecil selama 1 minit.
Masukkan ayam dan sedikit air, masukkan garam secukupnya.
Masak sehingga ayam empuk dan kering.
Sedap dihidangkan bersama nasi putih.
Monday, 18 January 2016
Keledek Goreng
Sumber: leowills.blogspot
Bahan-bahan:
Keledek
Bahan salutan / batter:
1 1/2 cawan tepung beras
3 sudu besar tepung jagung
1 biji telur saiz kecil
sedikit garam
sedikit gula
1 sudu besar air kapur
Air sejuk secukupnya ~ anggaran 3/4 - 1 cawan)
Pewarna kuning (jangan guna serbuk kunyit kerana akan bertukar warna) - tak letak
Minyak untuk menggoreng
Caranya:
Satukan kesemua bahan-bahan diatas dalam pengisar.
Masukkan air, adunan ini tak terlalu pekat atau tak terlalu cair.
Panaskan minyak, celupkan keledek ke dalam adunan dan goreng sehingga keemasan.
Angkat dan toskan. Sedap dimakan panas-panas kerana kalau dan sejuk tidak rangup lagi.
(Nota: adunan batter boleh digoreng pada semua jenis bahan seperti ikan, cempedak, bebola, crab stick, ubi kayu dan lain-lain lagi).
Teh Masala Pakistan dan Cucur Simple
Sumber: Zulfadreamland.blogspot / Deli Hayat
Bahan-bahan:
2 sudu besar (membukit) serbuk teh
1 sudu besar biji pelaga ~ ditumbuk / serbuk pelaga
1 tin susu cair
2 sudu besar gula (boleh lebihkan)
3 tin air ~ guna tin susu
Caranya:
Renihkan air, biji pelaga dan teh dengan api perlahan sehingga kembang.
Masukkan susu cair, kacau selalu untuk mengelakkan susu membuak keluar.
Masukkan gula dan kacau.
Tapis dan bolehlah dihidangkan
Cucur Simple:
Tepung gandum
Hirisan bawang besar
Hirisan halia
Hirisan daun bawang
Cili blend ~ boleh guna cili kering / cili hidup
Garam secukupnya
Pati ayam
Air suam
Minyak secukupnya
Caranya:
Masukkan kesemua bahan ke dalam mangkuk besar.
Masukkan air secukupnya, kacau sebati.
Panaskan minyak dan goreng sehingga keemasan.
Angkat dan toskan.
Sunday, 10 January 2016
Ayam Rempah Yogurt
Resipi: Enak Rasa Dari Dapur Kim
Bahan-bahan, diperapkan selama 1/2 jam:
1/2 ekor ayam, dicuci bersih dan toskan air
2 ~ 3 sudu besar yogurt
2 sudu besar pes halia dan bawang putih
Kicap manis
Minyak secukupnya untuk menumis
Garam secukup rasa
Bahan-bahan diblend:
2 biji bawang besar yang saiz sedang
1 ~ 2 sudu makan pes cili kering
Bahan-bahan tumisan:
2 batang serai dititik
Daun kari
1 biji tomato dipotong dadu
2 biji cili hijau dibelah dua jangan putus
1 sudu besar serbuk ketumbar
1/2 sudu besar serbuk jintan manis
Caranya:
Panaskan sedikit minyak di kuali.
Tumiskan serai, daun kari sehingga harum, masukkan bahan-bahan blend dan tumis sehingga wangi. Masukkan tomato dan cili hijau, kacau rata.
Masukkan serbuk ketumbar dan jintan manis, tumis sehingga sebati.
Masukkan ayam dan tutupkan sebentar.
Masukkan kicap manis secukupnya dan dibalik-balikkan ayam sehingga sebati. Masukkan garam secukupnya.
Tutup dan biarkan sehingga ayam empuk dengan api yang perlahan.
Pastikan ayam dibalik-balikkan supaya masak dengan rata.
(Nota: tidak perlu dimasukkan air)
Subscribe to:
Posts (Atom)