Monday, 25 January 2016

Biskut Semperit Terbaik dan Paling Sedap














Resipi: Dari Dapur Amatur / Sumber: Yus Nila, sajiankasih.blogspot.my, terima kasih saya suka, resepi ini yang terbaik Puan kongsikan
Bahan-bahan:
250g buttercup
50g gula castor Kim ~ 20g gula icing
120g susu pekat manis
400g tepung jagung
30g tepung custard
1 sudu teh esen vanila / Kim ~ stok habis tak letak, bubuh setitis pewarna kuning

Caranya:-
Masukkan butter dan gula ke dalam mangkuk mixer.  Pukul sebati.
Masukkan susu dan esen vanilla.  Pukul sebati.
Ayak tepung jagung bersama tepung kastard dan masukkan ke dalam adunan.
Gaul dengan tangan hingga jadi doh.  Doh ini Sangat Lembut ya... kalau doh yang terhasil keras, maknanya sampai di sini pun step dah tak betul. Pastikan sukatan betul.
Bahagikan doh kepada 2 bahagian.  Biar 1 bahagian dengan warna asal.
Letakkan warna kesukaan dalam 1 bahagian lagi.. sentiasa tutup doh dengan kain lembab supaya doh tak keras.
Bolehlah di tekan atas dulang yang telah digris atau lapik dengan kertas minyak.
Bakar suhu 160C selama 15-20 minit (Kim ~ 30 minit) ikut kesesuaian oven masing-masing.
Guna api atas dan bawah semasa membakar.

Tips dan soalan yang biasa ditanya
Soalan: Kenapa pakai buttercup, Apa lagi jenis mentega yang boleh diguna. Boleh tak pakai margerine biasa?
Jawapan: Boleh pakai Anchor untuk rasa yang lebih sedap. Kalau untuk jual biasanya pakai buttercup masih sedap.  Jangan pakai margerine biasa, nanti rasa lari.
Tip: Bila keluarkan butter dari peti ais, rehatkan di luar sekejap supaya butter lembut sikit (tapi masih dalam suhu bilik) kemudian bolelah digunakan.
Soalan: Dalam resepi tak pakai telur, kenapa?
Jawapan: Reseipi ini memang tak pakai telur sebab telur akan menyebabkan kuih semperit jadi sangat gebu dan lerai.  Semperit kita akan mengembang dan terpenyek bila dibakar dan hilanglah kelopak bunganya.
Soalan: Tak payah letak tepung gandum ke?  Resipi lain guna tepung gandum.
Jawapan: Dalam resepi ini juga TAK PAKAI TEPUNG GANDUM.  Kenapa?  Dah memang resepinya begitu.
Tip: Tepung gandum akan buatkan semperit keras bila sejuk dan rasanya macam tepung jer.
Soalan: Susahnya nak tekan semperit.  Nak patah jari rasanya, nak buat macam mana ye?
Jawapan: Sebaik saja doh siap diadun, SEGERA tekan guna acuan ketika doh masih lembut.
Tip: Senantiasa tutup doh supaya tidak keras.  Adunan mudah mengeras kalau terdedah pada angin.
Kalau doh keras dan susah nak tekan, boleh masukkan 1 - 2 sudu susu full cream (susu kotak) dan uli sebati.
Soalan: Kenapa semperit saya menjadi kembang, kelopak jatuh, terpenyek bunganya bila dah bakar?
Jawapan: Rehatkan dulu semperit yang dah  ditekan,  jangan terus dibakar.  Saya akan biarkan bawah kipas untuk 1/2 jam hingga 1 jam sebelum dibakar....biar direhatkan lama-lama pun tak apa lagi lama semperit kita terdedah pada angin, ia kan jadi lebih keras dan kelopak bunga semperit kita nanti akan lebih "teguh"...tak adalah kelopaknya terpenyek bila dibakar. Tapi jangan risau... bila dah dibakar nanti, semperit kita akan jadi rangup, gebu dan cair dalam mulut.  Kalau nak semperit kita cantik, kenalah maintain saiz sentiasa....
Soalan: Dah ikut tip di atas tapi semperit saya tetap kembang lepas dibakar, Macam mana ye?
Jawapan: Kalau setakat kembang sikit tu biasalah sis.. Saya buat pun kembang gak sikit.
Tapi mungkin juga ada masalah dengan suhu masa pembakaran.  Cuba fahami kerenah oven masing-masing.  Kalau sebelum ini sis pakai suhu 160 tapi semperit masih kembang, cuba kurangkan ke 150 dan tambah masa membakar lagi 5 minit.
Kalau sebelum ini sis menggunakan rak yang bawah, kali ini cuba gunakan rak tengah oven tu.

2 comments: