Resepi by:@kim_kimberly1509
Bahan-bahan:
1/2 paket mee kuning, cuci dengan cara laluan dipaip air dan toskan
Fishcake hiris
Daun bawang bahagian putih, hiris
Daun bawang bahagian hijau hiris
1 biji telur
1 sdb kicap manis
2 biji limau nipis
Mushrooms seasonings
Garam
Bahan-bahan kisar, cili:
6 biji cili merah
3 biji cili hijau
3 biji cili padi, boleh tambah
Bahan-bahan kisar, ikan bilis:
Sejemput ikan bilis, bilas dan tos
4 sdb geragau, bilas dan tos
Bahan-bahan kisar, bawang:
6 ulas bawang merah
3 ulas bawang putih
Caranya:
Masukkan cili kisar dikuali, kering kan airnya, pastikan mengguna api yang kecil.
Masukkan ikan bilis dan bawang kisar, keringkan air dan taburkan sedikit garam.
Kacau sentiasa, bila air dah kering, masukkan secukup minyak untuk menumis.
Tumis sehingga rempah masak dan garing.
Masukkan daun bawang bahagian putih dan fishcake, kacau sebati.
Tolakkan kesemua bahan ditepi kuali, tambahkan sedikit minyak jika perlu.
Pecahkan telur sambil dikacau sedikit dan biarkan dalam 1 minit baru dicampur kan kesemua bahan dan digaul sebati.
Masukkan kicap manis, garam dan mushrooms seasonings, kacau lagi.
Masukkan mee dan gaul sehingga sebati.
Tambahkan perisa dan perasa jika perlu.
Masukkan daun bawang bahagian hijau, gaulkan.
Sebelum dipadamkan api, perahkan jus limau.
Hidangkan.
No comments:
Post a Comment