Sunday, 22 May 2016

Shan Special Bombay Biryani Rice




                                                                                                  















Shan Special Bombay Biryani Rice....yang pastinya sedap!!!
Cara untuk memasak lihat pada paket bersama bahan-bahan untuk memasak, Kim cuma menambahkan bay leafs saja. 

Tuesday, 3 May 2016

Nasi Pilau Pakistan dan Blackpeppers Masala Chicken
























Blackpeppers Masala Chicken:
Bahan-bahan:
50g Aarchi brand blackpeppers masala chicken
750g ayam dipotong kecil
Bawang besar, dipotong dadu
Tomato, dipotong dadu
Air secukupnya
Ubi Kentang, dipotong 2, jika suka
Cili hijau dibelah 2
Minyak sedikit
Garam secukup rasa

Caranya:
Masukkan sedikit minyak dikuali, tumiskan bawang besar sehingga layu dan wangi, masukkan daun kari dan kacau, masukkan tomato.
Kacau rata dan tumis sehingga sedikit kering.
Masukkan rempah blackpeppers masala dan kacau rata.  Masukkan sedikit air dan kacau sebentar.
Masukkan ayam dan secukup air. Masukkan garam secukup rasa.
Masak sehingga ayam empuk dan kering. Bila hampir kering masukkan potongan cili hijau.

Nasi Pilau Pakistan
(Resipi: Puan Maria Hakem / Sumber: Yana Shaiful)
Bahan-bahan rebusan air untuk nasi:
1/2 ekor ayam potong 6
2 sudu besar ketumbar biji
1/2 sudu besar biji ada hitam
1/2 sudu besar biji jintan manis
1/2 sudu besar biji jintan putih
Selabu bawang putih dibasuh & diketuk sedikit, tak perlu buang kulit
2" halia diketuk
2 biji bawang besar, dipotong 4
2 helai daun bay
Rempah 4 sekawan i.e. kayu manis, pelaga, cengkih dan bunga lawang sedikit
4 cawan air

Caranya:
Rebus semua bahan hingga ayam masak dan air berkurangan.
Angkat ayam dan ketepikan. Tapis air rebusan dan buangkan semua rempah-rempah tadi.
Simpan air rebusan tadi untuk masak nasi.

Bahan-bahan untuk memasak nasi:
2 cawan beras basmathi, direndam selama 1 jam dan toskan
2 1/2 cawan air rebusan ayam tadi
1 biji bawang besar, dihiris
1/2 sudu kecil serbuk ketumbar
1/2 sudu kecil garam masala
1/2 sudu kecil serbuk jintan putih
Pes bawang putih dan halia, agak-agak
Rempah 4 sekawan
Daun bay
Daun pandan
Kiub pati lembu/ayam
Garam/Gula secukupnya
Minyak untuk menumis (nak guna minyak sapi atau tidak perlu, minyak biasa pun boleh)
1 sudu kecil biji jintan putih (disangai dan tabur last masa nak hidang nasi)

Caranya:
Tumis bawang besar yang dihiris sampai hitam (tapi bukan hangus ya ala-ala bawang goreng gitu) *Part in memang penting, sila jangan malas nak tunggu bawang tu jadi hitam gitu.
Masukkan rempah 4 sekawan, daun bay, daun pandan, pes bawang, halia 7 rempah-rempah tumis lagi hingga garing dan naik bau.
Masukkan air reubusan, garam, gula dan ayam.  Dah mendidih terus tuang ke dalam beras atau boleh juga lepas masuk rempah goreng sebentar beras baru masukkan air.
Apabila nasi telah kering, gemburkan dan taburkan biji jintan putih yang disangai tadi.
Siap dan boleh dihidangkan.


Sunday, 10 April 2016

Kepak Ayam Panggang Kicap Madu dan Sos Plum Masam



Bahan-bahan:
Kepak ayam cuci bersih dan toskan
Sedikit minyak masak *
Kicap cair *
Kicap pekat *
Honey *
Serbuk lada hitam *
Garam jika perlu *, bahan-bahan bertanda * digaul rata bersama ayam dan perapkan

Sos Plum Masam
Bahan-bahan:
Sos plum masam dalam botol
Perahan air lemon
Parutan kulit lemon
Parutan bawang putih
Parutan halia
Sedikit air jika perlu
Honey

Caranya:
Masukkan kesemua bahan-bahan ke dalam kuali dan masak sehingga sos menjadi pekat.
Rasa dulu baru diangkat.





Tauhu dan Sambal Tomato


























Bahan-bahan:
Tauhu, potong ikut suka dan goreng sehingga garing, ketepikan
Parutan Lobak merah
Sedikit Kacang tanah, tumbuk kasar
Sedikit Ikan bilis digoreng, tumbuk kasar

Sambal Tomato
Sumber: mas-dapurmas.blogspot.my, resepi dari Kak Yani nbp fb
Bahan-bahan:
5-7 biji buah tomato
1 mangkuk ikan bilis, tumbuk / blend kasar
1/2 mangkuk cili padi (ikut suka pedas)
4 biji bawang besar mayang kasar
Minyak masak
Garam secukupnya

Caranya:
Potong baji buah tomato masuk dalam kuali masak tanpa minyak.
Blend cili padi bersama minyak, cili dah hancur masukkan bawang.
Tuang bahan blend ke dalam kuali, masukkan ikan bilis. Masukkan secukup garam.
Masak sampai kering atau nak lembab-lembab pun boleh.
Sejukkan, masuk dalam botol.


Tuesday, 29 March 2016

Ayam Masak Merah
















Recipe sourced: The Star
Ingredients:-
1 kg Chicken, cut into small pieces
3 tbsp turmeric powder
Salt, to taste
Oil to deep fry


Wet Ingredients, pound:-
6 nos. onion
3 nos. garlic cloves
2cm galangal

 5 tbsp oil
2 tbsp chili powder
2 tbsp chili sauce
2 tbsp oyster sauce
2 nos. lemongrass, bruised
Kerisik of half a coconut
2 nos. kaffir lime leaves, sliced thinly

Method:-
Marinate the chicken with turmeric and salt.  Set aside for 30 minutes.
Heat oil in a wok or deep pot on medium heat and deep fry the chicken.
Remove to drain on paper towels or wire rack.
Heat 5 tbsp oil in a wok on medium heat.  Fry the wet paste until fragrant.
Add chilli powder, chilli sauce, oyster sauce and lemongrass.
Season with salt and sugar. 
Add the kerisik and mix well.
Add in the fried chicken and kaffir lime leaves.
Mix well before turning off the heat.
Serve with rice.

Cucur Pedas















Resepi: Enak Rasa Dari Dapur Kim
Bahan-bahan (A):
Tepung gandum
Air panas *
Garam secukupnya *
Pati ikan bilis * bahan bertanda * dimasukkan bersama

Minyak untuk menggoreng secukupnya

Bahan-bahan (B), gaul rata dan simpan di peti sejuk +- 30 minit:
Hirisan bawang merah
Hirisan bawang besar
Hirisan daun limau purut
Ikan bilis ditumbuk kasar
Serbuk cili
Serbuk kunyit

Caranya:
Masukkan tepung ke dalam bekas yang besar.
Masukkan bahan-bahan B dan kacau sebati.
Masukkan bahan-bahan A dan kacau dengan cepat dan jangan dikacau terlalu lama.
Panaskan minyak, masukkan 1 sudu besar adunan dan goreng sehingga kekuningan.
Angkat dan hidangkan panas.



Monday, 14 March 2016

Spaghetti Black Pepper dan Sayuran Panggang



Bahan-bahan:-
Spaghetti, direbus dan masukkan sedikit minyak olive sehingga lembut, toskan
Black peppercorns, ditumbuk kasar
Garam secukupnya
Sedikit kicap cair
Pati ayam jika suka
Snow peas, dipanggang
Lobak merah, dipanggang
Bawang putih, dipanggang
Minyak zaitun
Capsicum merah, jika suka

Caranya:
Masukkan sedikit minyak olive di kuali.
Tumiskan bawang putih, masukkan black peppercorns.
Masukkan kesemua sayuran panggang dan kacau rata.
Masukkan kicap cair, pati ayam dan kacau sebati.
Masukkan spaghetti dan gaul sehingga rata.
Rasa sebelum dimasukkan garam.
Angkat dan hidangkan panas-panas