Monday, 1 January 2018

Chocolate Lasagne




Sumber resipi: resipicitarasawan via FB Resipi Ringkas
Bahan A : Dasar Biskut Oreo
36 ketul oreo dikisar ambil krimnya sekali
6 sudu besar mentega cair

Caranya:
Campurkan kesemua bahan di atas dan gaul rata.
Masukkan ke dalam loyang atau acuan, tekan padat dan simpan di dalam peti sejuk.

Bahan B: Cream Cheese
250gm cream cheese
60gm gula kastor, guna 1 sudu besar gula kastor
2 sudu besar susu segar

1 cawan Dairy UHT whipping cream, dipukul sehingga kental

Caranya:
Pukul cream cheese sehingga lembut.
Kemudian masukkan gula kastor dan putar hingga lembut dan licin.
Masukkan susu segar dan pukul sebati.  Ketepikan.
Di dalam bekas yang lain, pukul dairy whipping cream sehingga kental.
Kemudian kaup balik ke dalam adunan cream cheese sehingga sebati.
Bahagikan kepada 2 bahagian, masukkan ke dalam piping bag.  Ketepikan.

Bahan C: Chocolate Puding
1/4 cawan tepung jagung
1/2 cawan gula kastor (guna 1/4 cawan)
1/8 sudu teh garam
3 cawan susu segar
185gm dark chocolate, dicincang
1 sudu teh esen vanila
1 sudu besar serbuk koko

Caranya:
Campurkan tepung jagung bersama gula dan garam ke dalam bekas.
Kemudian campurkan susu segar dan kacau perlahan.
Masak di atas double boiler dengan api sederhana.
Masukkan serbuk koko dan whisk dalam 15 20 minit atausehingga adunan sebati dan pekat.
Tambahkan coklat cincang dan kacau selama kira-kira 2-4 minit atau sehingga puding kental.
Alihkan dari api dan masukkan esen vanila.  Kacau rata.
Sejukkan dan ketepikan.

Nota: Tapis puding dengan menggunakan penapis sekiranya puding yang terhasil itu berketul-ketul.

Cara melapis:
Picitkan 1 bahagian adunan cheese ke atas dar biskut oreo.  Ratakan.  Simpan sebentar di dalam peti sejuk selama 10-15 minit.
Kemudian lapis di atasnya dengan chocolate puding dan ratakan.
Simpan semula di dalam peti sejuk sehingga bahagian atas puding beku dalam 10-15 minit.
Akhir sekali picit adunan cheese, ratakan dan taburkan dengan chocolate chips, biskut oreo kisar dan sedikit parutan coklat.
Sejukkan di dalam peti sejuk sebelum dinikmati.
Enak di hidang dingin.




Sup Kambing Thailand





















Sumber resipi : Majalah Rasa
Bahan-bahan:
1/4 ekor ayam, dipotong kecil ~ ganti dengan tulang kambing yang telah direbus separuh masak, toskan air dan simpan air rebusan
1 batang serai dititik
2sm lengkuas dititik
1 batang saleri dipotong serong
1 biji tomato dipotong 4
1 batang akar daun ketumbar
3-4 biji cili padi dipotong
1/2 biji limau nipis
1 biji bawang besar dihiris
2 ulas bawang merah dikisar
1 ulas bawang putih dikisar
Sedikit sos ikan
1 sudu besar serbuk ketumbar
1/2 sudu besar serbuk jintan manis
1/2 sudu besar serbuk jintan putih
Air secukupnya (air rebusan tulang kambing)
Garam dan serbuk perasa secukupnya

Caranya:
Panaskan minyak untuk menumis.
Tumiskan bahan kisar sehingga harum.
Masukkan sekali cili padi, lengkuas, serai, serbuk ketumbar, serbuk jintan manis dan serbuk jintan putih sehingga agak pecah minyak sedikit.
Kemudian masukkan air secukupnya (air rebusan tulang kambing) dan masukkan daging (tulang kambing).
Biarkan sehingga ayam masak (tulang masak sepenuhnya).
Seterusnya masukkan batang saleri, tomato dan akar ketumbar.
Perasakan secukupnya.
Akhir sekali, perahkan jus limau nipis dan tutup api.

Tip: Jangan biarkan kulit limau nipis di dalam sup untuk mengelakkannya dari menjadi pahit.
Seeloknya hanya masukkan air perahan limau nipis sahaja. 

Ayam Goreng Berempah Maltose























Bahan-bahan digaul sebati dan perapkan 2-3 jam:
Kepak ayam
Sedikit maltose
Sedikit kicap cair
Sedikit kicap pekat
Sedikit serbuk rempah wangi
Sedikit serbuk bawang putih
Sedikit serbuk bawang
Garam jika perlu

Minyak menggoreng secukupnya

Caranya:
Panaskan minyak dikuali.
Masukkan kepak ayam perlahan-lahan.
Goreng sehingga masak dan toskan.
Air dari perapan ayam tadi bolehlah dibuat sos kicapkan dengan menambahkan sedikit air, garam jika perlu dan gula.  Masak dikuali sehingga pekat titiskan sedikit minyak bijan dan taburkan bijan yang disangai jiika suka.  Nak pedas patahkan cili padi kedalam sos kicap.

Friday, 29 December 2017

Kuih Kaswi Goyang












Sumber resipi via mat gebu via azlita masam manis 
Bahan-bahan:
1 1/3 cawan tepung gandum
1 1/3 cawan tepung ubi kayu
1 cawan hirisan gula melaka (atau boleh guna gula merah timbang)
1 cawan gula pasir ~ guna 3/4 cawan gula pasir
2 helai daun pandan, disimpul
5 cawan air
1 camca besar kicap pekat (untuk warna)
1 camca teh rata kapur makan (bukan air kapur, tapi kapur makan)

Kelapa parut putih secukupnya
Sedikit garam halus

Caranya:
Masak gula putih, gula melaka (atau gula merah timbang) dan daun pandan dengan 5 cawan air hingga mendidih dan gula larut.  Kacau rata dan sejukkan.  Kemudian tapis.
Sukat kembali air gula tadi sebanyak 5 cawan.   Jika kurang tambah air untuk mencukupkannya. Ketepikan.
Panaskan kukusan.  Balut tutup kukus dengan tuala dapur bersih.  Lenser tin bulat berukuran 11" dengan sedikit minyak masak.  Alas dengan plastik bersih dan sapukan juga sedikit minyak makan pada permukaan plastik tadi.  Ketepikan.
Satukan tepung gandum dan tepung ubi kayu dalam mangkuk besar.  Kacau rata.
Tuang air gula sedikit demi sedikit hingga habis sambil dikacau hingga sebati.
Masukkan kapur makan dan kicap pekat.  Kacau hingga semua rata dan tapis adunan tadi.
Tuangkan ke dalam loyang dan kukus dengan api sederhana selama 1 jam 15 minit atau hingga masak (nak tau kuih masak, boleh cucuk tengah-tengah bahagian kuih dengan lidi sate, jika keluar bersih tanda kuih dah masak).
Jika guna acuan-acuan kecil seperti acuan kuih lompang, masa mengukus kurang lebih 25 minit.
Biarkan kuih betul-betul sejuk sebelum dipotong dan sebelum makan, gaulkan dengan kelapa parut yang ditambah sedikit garam.

Monday, 25 December 2017

Nasi Goreng Pedas ABC




Fried Belacan Chicken Wings With Salad





















Recipe sourced: Classic Hawkers' Fare From The North by Chef Bryan Ong
Ingredients:
1 kg chicken wings, about 12 pieces
4 cups oil for deep frying

Marinade: A (mixed):
1 tbsp peanut butter
1 tbsp chili boh
40g belacan
2 tsp sugar

Ingredients B:
1 egg, beat
Coated:
1 tsp baking powder
120g corn starch

Garnishing:
Lettuce leaves, cucumber and cherry tomatoes, i served with salad

Method:
Clean chicken wings and drain well, combine with marinade A and marinate for 2 hours, set aside.
Heat up oil for deep frying.
Mix chicken wings with egg, coat with corn starch and baking powder and deep fry at medium heat until golden brown and cooked.
Dish and drain.

Mutton Chukka / Spicy Mutton Dry Fry






















Recipe sourced: Fejna Em, 12recipebook.com
Ingredients:
1/2 kg mutton

Ingredients for marinate:
1/4 tsp turmeric powder
1 tbsp vinegar
1 tsp ginger garlic paste
1 tsp chili powder
1 tbsp coriander powder
Salt to taste

1 tbsp oil
2 nos. cardamom
2 nos cloves
1 bay leaf
1 small piece of stick
1 large onion/shallots thinly chopped
1 tbsp ginger garlic crushed
2 nos green chili
1 tsp pepper powder
1/2 tsp fennel powder
3/4 tsp garam masala powder
1 tbsp curd
Salt a little
2 sprigs curry leaves

Method:
Marinate mutton with turmeric, vinegar, ginger garlic paste, chili powder, coriander powder and salt for an hour in fridge.
Pressure cooks it with little water until 3/4 cooked.  (No need to add water, but if you wish to add, add only little amount).
Heat oil in another pan, add whole garam masala pieces ie cardamom, cloves, cinnamon, cumin seeds, bay leaf.
Add onion chopped and saute for a minute.
Add ginger garlic crushed and green chili, saute until raw smell goes off.
Add curd and mix well.
Add garam masala powder, pepper powder, fennel powder and salt, mix well.
Add curry leaves and cooked mutton pieces along with its water, if any.
Cooks on high flame until all the water get absorbed and slow cook for another 10 - 15 minutes till the mutton pieces get dried well and gets a dark golden in color, mine is not dark.
Switch off the flame and serve hot with rice or any choice of your roti.