Sunday, 27 May 2012

Roti Kaya Goreng

 Pujian Kepada Hasue (Resipi dibawah telah diubahsuaikan sedikit)

Bahan-Bahan:
Roti - dibuang tepi jika suka

Bahan salutan - dipukul sehingga sebati
Tepung gandum
1 sudu besar tepung jagung
Air secukupnya
Garam
Telur 
Sedikit Margerin
Serbuk kunyit

Bahan inti:
Kaya / Ubi Kentang / Sardin

Minyak untuk menggoreng secukupnya

Caranya:
Ambil sekeping roti, sapukan rata secukupnya inti.
Tutupkan bahagian tepi dengan sedikit air/telur.
Salutkan roti yang telah ditutup tadi dengan tepung salutan dan goreng sehingga kekuningan.
Angkat dan hidangkan.

Saturday, 26 May 2012

Peria Tumis Tauchu







Bahan-bahan:
Peria dibuang bahagian biji, dipotong kecil kemudian direndamkan bersama air garam sebentar

Bahan tumis:
Bawang putih ditumbuk
Bawang merah besar dihiris halus
Tauchu direndam sehingga air garam hilang

Sedikit minyak menumis
Air sedikit
Garam

Caranya:
Panaskan sedikit minyak, masukkan bawang putih, merah dan tauchu ditumis sehingga berbau harum.
Masukkan peria dan dikacau sebentar kemudian bolehlah dimasukkan sedikit air, garam dan masak sehingga perai masak.
Bolehlah dihidangkan.

Ayam Sos Tiram







Bahan-bahan:
Ayam dibuang lemak dan kulit, dipotong kecil
Ubi kentang digoreng sebentar
Tomato dipotong 6
Cili merah dipotong serong
Cili hijau dipotong serong

Bahan-bahan tumis:
Serai diketuk
Daun kunyit disiat kasar
Bawang putih dicincang kasar

Sos tiram
Air sedikit
Garam (jika perlu)
Honey (optional)
Sedikit minyak untuk menumis

Caranya:
Panaskan minyak sedikit.  Masukkan bahan-bahan tumis dan tumis sehingga rempah berbau wangi. Masukkan ayam dan ubi kentang dan kacau sehingga ayam bertukar warna. 
Masukkan sos tiram dan air sedikit, kacau sekali sekala sehingga ayam dan ubi kentang empuk.
Rasakan garam jika perlu masukkan sedikit.  
Selepas itu masukkan tomato, cili merah dan hijau dikacau sehingga masak.
Bolehlah dihidangkan bersama nasi putih 

Kurma Ayam


















Bahan-bahan:
Ayam dipotong, buangkan lemak dan kulit

Bahan-bahan dikisar halus:
Bawang putih
Bawang merah
Buah Keras
Biji Kas-Kas sedikit
Halia

Bahan-bahan ditumis:
Kayu manis
Bunga cengkih
Buah pelaga
Bunga lawang
Serai, dititik
1 bungkus kecil rempah kurma, dibancuh dengan sedikit air

Asam jawa keping
Tomato
Ubi Kentang
Cili merah, dibuang biji dan belah jangan putus
Cili hijau, dibuang biji dan belah jangan putus
Bawang merah besar
Minyak sapi & Minyak masak untuk menumis
Santan
Garam secukup rasa

Caranya:
Panaskan sedikit minyak sapi dan minyak masak. Masukkan rempah kisar dan rempah tumis dan kacau sehingga naik bau.
Masukkan rempah kurma dan kacau sebentar, masukkan air sedikit dan dikacau lagi.
Masukkan ayam dan ubi kentang dikacau sehingga rempah menyaluti ayam dan ubi kentang.
Kemudian bolehlah dimasukkan santan dikacau sekali sekala sehingga ubi kentang empuk.
Masukkan garam secukup rasa, asam keping, bawang merah besar, cili merah, cili hijau dan tomato.
Dikacau sehingga bahan-bahan tadi masak dan bolehlah dimatikan api.
Sedap dimakan bersama nasi putih, nasi minyak atau sebagai pencicah lempeng
   


Friday, 25 May 2012

Sos Cili Minyak Zaitun


Bahan-bahan diblend halus:   
Cili merah
Tomato dibuang biji
Garam
Sos tomato
Minyak zaitun
Air masak
Gula (optional)

Cara-cara:
Blend sehingga halus dan sebati dan bolehlah dicicah dengan ayam bakar / kukus.

Sunday, 6 May 2012

Prune Cake

Recipe by : Pook Daily Delicious)

Ingredients:-
175gm dried prune
125gm All Purpose Flour ( Kim used Self Raising Flour )
¼ tsp salt ( Kim used a pinch )
1 tsp baking power ( Kim omitted )
¼ tsp baking soda ( Kim omitted )
50gm sugar ( Kim used castor sugar )
1 egg ( Kim used 2 eggs size C )
60ml corn oil
¼ cup sour cream

Method:-
Preheat oven to 180 C.

Line the 21 x 8cm pan with the baking paper, set aside.

Take 4 prunes out and cut them in half, set aside for decorating.

Put the rest of the prune into the small bowl, pour hot water over, rest for 20 mins. until the prunes are plumping up.

Drain the prunes and cut them into small pieces, set aside.

Put the egg, oil and sour cream together and whist to combine.

Mix the flour, baking powder, baking soda, salt and sugar, whisk to fully combine.

Mix the prune into the flour mixture, then make a well in the center.

Pour the egg mixture in the hole and mix with the spatula until just combine.

Pour the batter into the prepared pan, Decorate with the prunes.

Bake for 25-30 mins. Or until lightly golden and a wooden skewer inserted into the centre comes out clean.

(Note by Kim: very moist maybe due to sour cream, not sweet, is a healthy cake without using much of eggs and butter is replaced with corn oil)

Nasi Komok @ Khao Mok Gai @ Nasi Beriani Siam





Source: Azian@aziancollection via Kongsi Resipi / Ayu@curlybabesatisfaction

For the spice mix – (rempah komok)
2 tsp serbuk rempah kari Babas
1 tsp serbuk kunyit
1 tsp serbuk ketumbar
½ tsp serbuk jintan putih  ( Ayu guna 1 sudu kecil )
½ tsp serbuk jintan manis ( Ayu tambah, Kim jugak )
½ tsp serbuk kayu manis ( Ayu guna ¼ sudu kecil )
1 tsp garam
1 tbsp gula ( Ayu guna perasa, Kim guna stok ayam )

Bahan-bahan nasi
5 cawan beras basmathi
4 sudu minyak sapi
4-5 ulas bawang merah * - dihiriskan
1 inci Halia * - dihiriskan
4 ulas bawang putih * - dihiriskan
3 batang akar ketumbar (Ayu guna batang yang bawah sekali yang tak berdaun atas akar)
2-3 sudu rempah komok
200ml susu cair
1 ekor ayam
8 cawan air 
Garam secukup rasa
Rempah penumis ( Ayu guna1 batang kulit kayu manis, 1 bunga lawang, 3 biji pelaga, 3 biji bunga cengkih )

Cara memasak:
Cuci ayam, seeloknya dipotong 4 saja.
Cuci beras basmathi dan rendam sebentar
Hiris nipis bahan bertanda *.
Tumis rempah penumis dan bahan yang dihiris dengan minyak sapi hingga naik bau.
Masukkan rempah komok dan kacau selalu supaya tidak hangus. Setelah nampak garing masukkan air dan akar ketumbar.
Masukkan ayam dan rebus ayam hingga hamper masak.
Angkat ayam dan toskan.  Lumurkan ayam dengan garam dan kunyit ( Kim jugak menambah kunyit hidup, sedikit cili kisar, halia kisar, bawang putih dan serai dan tepung beras sebagai salutan ).
Perapkan ayam sebentar biar ia mesra.  Goreng ayam yang diperap samada garing atau tidak mengikut citarasa sendiri.
Keluarkan 1 cawan kuah tadi untuk sos cili.
Masukkan kuah kedalam periuk nasi dan masukkan susu, biarkan ia menggelegak sambil dikacau. Masukkan garam secukup rasa.
Masukkan pula beras yang telah ditoskan.  Tutup dan biarkan ia masak.

Bahan sos cili: (Blend hingga lumat semua bahan-bahan yang bertanda *
1 cawan air kuah nasi komok ( sedikit halia dari kuah pun Ayu masukkan, Kim jugak )
6 biji cili merah *
Segenggam cili padi *)( Ayu tambah, Kim jugak )
4 ulas bawang merah * ( Ayu tambah, Kim jugak )
2 ulas bawang putih *
4 tangkai daun ketumbar *
Gula, garam, cuka secukup rasa 

Kisar semua bahan bertanda *.
Masak hingga agak pekat.
Perasakan ia dengan garam, gula dan cuka secukup rasa.
Hidang bersama nasi komok.